suami saya milik awak dan saya akan berundur diri kerana tidak ingin dimadu...





Salam admin. Tlg hide profile sbb sy guna fb kawan.

Saya janda anak 2, usia 45 thn. Setahun yg lalu sy telah menjalin hubungan cinta dgn teman sekerja yg merupakan suami org. Dia sgt baik dan tidak pernah bercerita buruk mengenai isterinya. Seringkali dia memuji2 isterinya di hadapan sy sampaikan sy naik rimas. Utk pengetahuan warga krt, km bekerja di sabah manakala isterinya menetap di utara semenanjung atas tuntutan kerja. Setiap 3 bulan teman lelaki sy akan pulang ke semenanjung berjumpa keluarga di sana. Disebabkan itu kami menjadi rapat sehingga terbit perasaan cinta.


Teman lelaki mengaku walaupun dia sayang pd isterinya tp pd masa yg sama dia juga menyayangi sy. Tp setiap kali sy mengajaknya kahwin dia mengelak dengan alasan takut isterinya terluka. Dia takut akan kehilangan isteri sekiranya dia menikahi sy. Dia juga turut memberi amaran kpd sy agar tidak memberitahu isterinya berkenaan kami. Dia takkan memaafkan sy sekiranya terjadi sesuatu di dalam rumahtangganya dan isteri.


 



Pd hr raya tahun lepas, semasa dia di kg, sy telah menghantar gambar menerusi whatsapp kepada teman lelaki namun dibaca oleh isterinya. Sejak dari situ isterinya curiga terhadap suami namun xde bukti kukuh. Teman lelaki juga selepas peristiwa tersebut berniat ingin memutuskan hubungan kami namun disebabkan rasa cinta km tetap meneruskan hubungan. Sehinggalah pd penghujung tahun lepas, sy menerima whatsapp dr isterinya meminta sy berterusterang hubungan kami berdua. Menurut isterinya, walaupun suaminya x mengaku namun nalurinya tetap mengatakan ada sesuatu antara kami. 

Bagai org mengantuk disorongkan bantal, sy telah berterusterang hubungan sy dan suaminya dan turut menghantar gambar kami berdua sbg bukti. Isterinya mengatakan bahawa suaminya milik sy dan dia akan berundur diri kerana tidak ingin dimadu. Sy gembira kerana niat kami utk berkahwin hampir jadi kenyataan. 

Tp sebaliknya yg berlaku apabila teman lelaki langsung tidak menghubungi sy. Beliau membuat sy seolah2 tidak wujud. Melalui teman sekerja kami sy mendapat tahu dia xkan memaafkan sy kerana telah mengganggu hubungan dia dan isteri. Sy berkawan dgn lelaki lain utk membuat dia cemburu namun dia langsung x kisah. 



Sekarang sy ingin meminta pandangan warga krt, apa yg perlu sy buat agar hubungan kami kembali seperti dulu.
Tag : perkahwinan


0 Komentar untuk " suami saya milik awak dan saya akan berundur diri kerana tidak ingin dimadu..."

Back To Top