Family sy pula menyuruh sy menceraikan isteri sy dgn alasan keluarganya telah mengkhianati perjuangan islam





Salam admin. Tlg hide profile sy. Saya nak minta pendapat admin dan warga KRT. Saya dan isteri berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Perkahwinan ini pada dasarnya kerana politik, kerana kedua2 belah keluarga adalah ahli dan penyokong sebuah parti islam di malaysia. 

 Perkahwinan ini utk mengeratkan ukhwah di kalangan keluarga kedua belah pihak. Kini dah hampir 5 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 2 cahaya mata. Tp kini masalah mula melanda apabila keluarga mertua saya mula beralih arah dan menyokong parti amanah.

 Perbalahan antara keluarga saya dan isteri mula meletus apabila family mertua mendesak isteri sy mintak cerai dari sy, dgn alasan bahawa saya dan keluarga menyokong parti yg sanggup bersenkongkol dgn kerajaan yg korup. Sy berang dituduh sebegitu. Family sy pula menyuruh sy menceraikan isteri sy dgn alasan keluarganya telah mengkhianati perjuangan islam

. Saya sayangkan isteri dan anak2. Begitu juga dgn isteri sy. Kini kami hanya bersendirian ditemani anak2 tiap kali kami pulang ke rumah org tua masing2 kerana sy dan isteri diharamkan menjejakkan kaki ke rumah mertua masing2. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Kami dah buntu memikirkan jalan penyelesaian

. Tiap kali kami balik ke rumah org tua, pasti akan dihasut untuk bercerai. Sampaikan anak2 kami pun dihasut utk membenci keluarga yg satu lg. Mohon pendapat..
Tag : politik


0 Komentar untuk " Family sy pula menyuruh sy menceraikan isteri sy dgn alasan keluarganya telah mengkhianati perjuangan islam"

Back To Top