akibat menolak miliki insurans takafulnya seorang bapa dikritik teruk sehingga aibkan keluarganya



Manusia semua sama., yang membezakannya adalah amalan..bukan harta, bukan pangkat, wang ringgit dan keturunan..manusia di beri akal untuk berfikir..bukan di beri akal untuk memandang keburukan dan kelemahan orang lain..bukan juga untuk memandang hina pada orang lain..





Akal yang waras mampu berfikir dan bertindak mengikut kewarasannya..bukan bertindak mengikut nafsunya..Sebagai hamba padaNya, kita semua ada kelemahan..kerana kelemahan itulah kita diberi akal untuk berfikir saling membantu sesama sendiri..bukan saling memandang hina, memandang keburukan orang dan memperjatuhkan maruah orang..

Even kalau kau kaya, banyak harta sekalipun..semua tu bukan hak kau sorang.. Apa yang kau ada, separuhnya adalah hak orang lain juga..jangan memandang hina pada yang tak mampu.Ingat apa yang Allah bagi Cuma sementara..Bukan juga harta benda, pangkat dan darjat yang akan dikira tapi amalan kita di Dunia ni.

Ada orang Allah bagi kesenangan pada dirinya, ada orang Allah uji dengan kesusahan..ada orang Allah bagi kecerdikan, ada orang Allah uji dengan kebodohan..so semua saling berkait..sebab kita semua tidak boleh hidup sendiri, dengan perasaan yang bongkak, tapi kita kena hormat orang lain juga dan saling tolong-menolong andai kita mampu..tak kira la dari segi apa sekali pun, ada orang perlukan duit, ada orang perlukan tenaga fizikal, ada orang perlukan akal dan fikiran yang baik..so semua kita tak perfect..Jangan ingat oh..aku kaya aku boleh buat apa saja tak perlukan bantuan orang..amboi nada sungguh bongkak kalau macam tu..awat hang nak buat rumah besar, hang tak perlukan bantuan orang ka..hang boleh buat sendiri..k fine..hang buat kalau boleh..

Sebab tu la aku kata ada orang perlukan tenaga fizikal untuk membantunya..bila dia dah bantu kau..senang-senang la pulak kau nak hargainya..hulur-hulur la pulak pitis hasil titik peluhnya tolong kau..sebab dia pulak perlukan pitis atau ewang ringgit untuk hidup..macam tu la kita lumrah manusia saling berkait rapat...kita tak boleh hidup sendiri..so tak payah la nak hina menghina orang..kalau tak der orang yang bawahan ni, kau pun tak kan berada di atas..

Walau kau senang, kau susah, kau kaya, kau miskin ,kau pandai atau kau bodoh..yang menjadi ukuran adalah amalan..semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman..sepatutnya sebagai manusia kita saling tolong-menolong bukan dengan menghina atau memandang rendah pada orang lain tetapi dengan membantu, supaya nikmat Allah dibahagi sama-rata..

Ingat kau senang di dunia, di akhirat?? Allah hisab semuanya..setiap amalan kau di dunia walau sekecil zarah sekalipun..

Yang miskin, Allah uji supaya hidupnya penuh dengan amalan yang kita tak tau..bersyukur dengan apa yang ada, lebih bersyukur dari meminta..selalunya orang yang kurang berkemampuan ni lebih ingat Allah..betul tak??..

So tak de sebab sebagai manusia kita nak menghina sesame manusia..Jijik macam mana pun kau tengok orang tu, bukan satu sebab kau nak memandang rendah atau menghina dia..sebaliknya dia hidup dengan bersyukur terima apa adanya, tak meminta-minta dari kau pun dan sentiasa berusaha untuk hidup.yang kau pulak sibuk mengumpat menjatuhkan maruah orang dan menghina orang..entah..nak cakap pun tak tau tapi macam tu la dunia sekarang..yang aku nampak, aku lihat dan aku dengar..yang aku tak tau..entah macam mana la lagi..

Apasalahnya kau belanjakan harta, wang ringgit kau untuk tolong orang yang susah dan perlukan bantuan..mewah macam mana pun, kita semua Cuma Hambanya  saja tak lebih dan tak kurang sikit pun..yang membezakan kita, ya amalan dan amalan..

Apa yang kau bagi hari ini, kau akan dapat hari esok..tak kat dunia, kat akhirat..Allahhualam..fikir-fikirkan dan renung-renungkan..
Tag : kisah


0 Komentar untuk "akibat menolak miliki insurans takafulnya seorang bapa dikritik teruk sehingga aibkan keluarganya"

Back To Top