Penyanyi Search iaitu Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, turut meluahkan rasa kecewanya dengan kenyataan yang dikeluarkan rakan sealiran, Awie berhubung isu Yazit.
Menurut Amy, kenyataan Awie yang merupakan vokalis Wing telah melukakan hatinya apabila ibadahnya selaku pemilik tahfiz diperkecilkan.
“Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak.
“Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja,” jelasnya kepada stesen Astro Awani.
The Malay Mail sebelum ini melaporkan, Awie tampil bersuara menasihati Amy Search agar memberi perhatian rakan sekumpulannya Yazit yang telah sakit bertahun-tahun.
yazit search sakit
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut berkata, Amy selaku pemilik tahfiz tidak wajar mengabaikan rakan dalam kesulitan.
“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.
“Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” katanya ketika diminta mengulas perselisihan di antara Yazit dan ahli-ahli kumpulan Search.
Selain itu, Awie turut berharap agar ahli-ahli Search bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing kerana pengasas kumpulan rock itu, Yazit sedang sakit dan muzik hanyalah satu-satunya sumber pencariannya.
Terdahulu, Amy ada menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.
Konflik antara Yazit dan Amy timbul setelah pemain dram itu mendakwa tidak menerima wang pendahuluan ‘Konsert Search 35 tahun’ sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
Komen Ana Ghoib: Bukan susah pun permintaan Yazit kepada Amy sebelum ini agar diadakan konsert kutip derma untuk rawat sakit beliau.
Benar juga nasihat Awie kena utamakan benda kawan terlantar di depan mata itu lebih ‘aula’.
Semacam mengerjakan ibadah haji juga kena utamakan keperluan isteri dan anak-anak ikut rukunnya baru rukun hidup dan selesa.
Mungkin Amy terlepas pandang dan nasihat sahabat seperti Awie memang tepat
http://www.malaysiastylonews.com
Tag :
hiburan
0 Komentar untuk "amy search terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh sahabat baiknya -awie"