BAPAKU AMIK UPAH HANTAR KUIH sejak disahkan kanser hati dan kencing manis


BAPA AMIK UPAH HANTAR KUIH
sejak disahkan kanser hati dan kencing manis

"Dulu saya tukang paip , sejak selalu pitam ketika kerja dan disahkan mengidap kanser hati dan kencing manis , saya dah tak mampu buat kerja berat...sekarang ambil upah hantar kuih dengan bayaran RM15 skali hantar" - Mohd Zaid 42 tahun , menceritakan keadaannya kepada krew kami dari Skuad Kelantan yang mengunjunginya petang semalam di rumah sewanya di Kg Banggol Kubur Jalan PCB dekat sini.
Hantar kuih ke hotel...
Tanpa boleh bekerja berat seperti dulu iaitu kerja2 memasang , menggali untuk pemasangan paip , En Zaid kini menyara 5 anaknya ( 4 bersekolah) hanya dengan mengambil upah menghantar kuih dari kilang pembuat kuih tradisional ke sebuah hotel terkemuka di bandar Kota Bharu menggunakan motosikal miliknya setiap hari dengan upah RM15.
Manakala isterinya pula mengambil upah mengemas kediaman orang dengan pendapatan RM30 untuk sebuah rumah .

Ketika dikunjungi semua anaknya ada dirumah termasuk yang sulong berusia 16 tahun belajar di tingkatan 4 , manakala yang lain masing2 tingkatan 2 , tahun 5 , tahun 1 dan bongsu berusia 2 tahun.
Memohon bantuan...
Menurut En Zaid beliau pernah membuat beberapa permohonan dari pihak berwajib termasuk JKM dan E-Kasih namun permohonan melalui JKM tidak diluluskan.
Menurutnya lagi E-Kasih sebelum ini ada membantunya melalui bantuan sewa rumah selama setahun pada 2010 dan juga menerima pakej Astro Enjoi sejak 2013.En Zaid juga memaklumkan masih menunggu permohonannya untuk motosikal roda tiga yang dipohonnya sejak 6 tahun lalu bertujuan untuk memulakan perniagaan sendiri menjual sayur dan ikan.

"Kami sekarang dah ada motosikal cuma nak usaha dapat beli bakul tepi tu supaya jadi motosikal roda tiga untuk kami cari pendapatan lebih jual ikan dan sayur" - Puan Norhapidah isteri Zaid meluahkan hasratnya kepada krew yang mengunjunginya.
Bagi mereka atau pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi keluarga ini di talian 011 3753 5121
atau salurkan sumbangan ke akaun
BANK ISLAM 0303 6020 4921 24
Norhapidah Ahmad (Isteri Zaid)

‪#‎TogetherWeHelp‬
Laporan: Krew Hajar @ Skuad Kelantan.
Tag : sedih


0 Komentar untuk " BAPAKU AMIK UPAH HANTAR KUIH sejak disahkan kanser hati dan kencing manis"

Back To Top