Bukan perkara yang mudah untuk mengubah perilaku seperti itu. Perlu kesabaran dan konsisten dalam memberikan nasihat. Menghadapi suami yang memilki tabiat buruk, misalnya berjudi, mabuk, bukan hanya berpengaruh negatif pada diri pelaku, tetapi juga berpengaruh pada orang-orang yang ada di sekitarnya.
Jika dalam menghadapi hal semacam ini tidak disertai dengan kesabaran, sudah tentu isteri tidak akan sanggup untuk meneruskan biduk rumah tangga. Boleh jadi ia akan mengajukan cerai dan mencari kehidupan lain yang lebih mesra. Peranan isteri sebagai penasihat sangat diperlukan sehingga suami boleh menjalankan peranannya secara lebih sihat, baik sebagai individu, ayah maupun kepala rumah tangga. Sebagai isteri, anda boleh menggunakan masa bersama-sama
suami boleh mengenal secara personal dengan cuba menjalin kedekatan secara emosi, misalnya dengan saling muhasabah diri untuk mengemukakan perasaan masing-masing.
Jika anda mampu melakukan hal ini, maka insyaallah anda akan menjadi isteri yang solehah, yang mampu membawa dan membangkitkan suami dari kehinaan kepada dosa. Isteri yang solehah sudah mahukan suaminya menjadi suami yang baik.
Para isteri jangan sekali-kali melupakan doa untuk suami anda tercinta. hal ini pun juga berlaku pada suami yang soleh. Lakukanlah pula hal yang sama untuk sentiasa mendoakan istri agar taat kepada Allah swt. Semua hati boleh jadi taat dengan izin Allah. Janganlah bosan-bosan untuk banyak berdoa demi kebaikan suami meskipun ia sedang berada pada jalan yang salah.
Bacalah doa ini setiap saat, terutama setelah solat:
Allahumma innaa nas-alukat taubata wa dawaamahaa wa na’uudzu bika minal ma’shiyyati wa asbaabihaa wa dzakkirna bil khaufi minka qabla hujuumi khatharaatihaa wahmilnaa ‘alan najaati minha wa minat tafakkuri fii tharaa-iqihaa wamhu min quluubinaa halaawata majtanainaahu minhaa watabdilhaa bil karaahati laha wath thama’I lima huwa bidhidihaa.
"Ya Allah, kami memohon kepadaMu petunjuk sehingga kami sentiasa bertaubat atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepada-Mu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa tamak untuk berbuat sebalik
Tag :
agama
0 Komentar untuk "Sebarkan!! Bacalah Doa Ini Selepas Solat Supaya Suami Anda Dijauhkan Maksiat Dan Berzina Dengan Wanita Lain"