Kisah Benar Ibu Kena Tangkap Basah Main Dengan Lelaki Lain, Sumpah Takkan Halalkan Susu Yang Diberikan Semasa Lahirkan Saya

Salam admin..trm ksh jika post sy kali ni di paparkan..Sy dua beradik..kakak selang 2tahun drpd sy..ketika sy berumur 4tahun ibu kandung meninggalkan ayah dan kami berdua..(cerai hidup)

Bermula lah kisah kami dua beranak di rumah usang arwah nenek kerana kekangan kerja ayah di kuala lumpur..dan aku trauma kerana menghadapi kehilangan besar dalam hidupku..aku x mampu utk berlari..x mampu untuk berjalan laju..juga x mampu untuk memikul beg dan berjalan kaki ke sekolah..seharian aku hanya bergantung harap pd kakak untuk meneruskan hidup akan datang..

kami juga tiada kenangan bermain guli..bermain 'teng teng' galah panjang dan sebagainya..sahabat kami hanya arwah nenek..pucuk paku..pucuk ubi..ulam ulaman sudah sebati dlm hdp kerana menolong arwah nenek berniaga di pasar tani..

Segala pahit manis ditelan bersama tanpa sebarang khabar drpd ibu..Awal umur 8tahun ayah brkahwin lagi dengan seorg janda beranak satu..ya..dia ibu tiriku sekarang..aku amat teruja menerima ibu baru dlm hdpku setelah sekian lama dahagakan kasih syg seorg ibu..

kasih yg diharap menggunung..akan tetapi..kehadiran ibu tiri tidak disenangi kakak..kerana bagi nya tiada yg blh menggantikan tempat ibu..begitu bnyk prasangka kakak trhadap ibu tiri..hingga lah ibu tiri tidak menerima kehadirannya..

aku sendiri juga sering menjadi mangsa keadaan mereka..tetapi kerana sikap kebudak budakkan aku masih menebal tidak pula aku hiraukan apa jua pertelengkahan antara mereka sehingga cecah umurku 19 tahun..yang aku tahu..aku tiada masalah dengan kehadiran ibu baru..acapkali juga aku menanyakan ayah 'dimana ibu?'..

Tiada jawapan yg pasti drpd ayah..dan akibatnya..aku dimarah ayah........Tuhan maha berkuasa..dipertemukan kami dengan ibu kandung melalui 'puan' di jabatan pendaftaran daerah tempat tinggal kami sekeluarga.. berbekalkan alamat dan nombor telefon ibu..kakak yg x prnah jemu mencari menjejaki ibu..dan............

ALLAHUAKHBAR..Alhamdulillah...aku bersyukur dipertemukan semula setelah 16 tahun terpisah..ibu telah mendirikan rumahtangga dgn suami baru dan mempunyai 2 org anak..DENDAM..ini lah sifat buruk yg telah lama aku pendam..ya aku tahu syaitan seronok menghasutku..aku tidak blh menatap mata suami baru nya..kerana bagiku dia lah punca segalanya..

aku tidak seseronok kakak ketika bertemu mata dengan ibu..kerana aku telah baca dan lihat dengan mata kepalaku sendiri apa yg terkandung di dalam perintah mahkamah ayah dan ibu dulu..

'......ibu ditangkap basah oleh jabatan agama islam di dalam kamar mereka...syurga kami sekeluarga satu masa dahulu....'

Apabila ditanyakan asbab penceraian ayah dan ibu...jawapan Ibu sama sekali terpesong drpd yg benar..apabila aku meluahkan ketidakpuasan rasa dihati...ya..aku baca perintah mahkamah dihadapan mereka suami isteri..dengan kasarnya ibu menengking dan mngherdik aku..kata nya semua itu bohong..perintah mahkamah bohong???

'kau dengan bapak kau serupa saja..keluar kau drpd sini..kau bkn lg ank aku..aku x kan halalkan segala susu yg aku beri semasa lahirnya kau..'kakak memarahi aku kerana sikapku yg panas dan x kena masa katanya..Aku kecewa..kerana ibu menipu..aku pergi dan sempat aku meninggalkan pesan pada 'bapa tiri'..

'..aku nak tgk sejauh mana kau blh hdup dengan air mata ayah aku...dan satu masa nanti Tuhan akan balas apa jua yg telah kau rampas drpd kami sekeluarga..'

Masin mulutku..kata orang orang tua...2015 ibu kandungku ditangkap basah sekali lagi di rumah sewa lelaki lain...dan...lelaki itu telah berkeluarga..aku dapat berita daripada kakak..perasaan sayang pd ibu kandung telah hilang..ibu juga masih tidak menerima aku sehingga sekarang..

Syukur aku masih ada ibu tiri...dia yang membesarkan aku..dia juga bnyk menasihati aku dan dia jua lah tempat aku mengadu domba..Sahabat.....adakah aku berdosa? Pernah pd tahun 2013 aku cuba memohon maaf pd ibu kandung dan meminta supaya dia pulang ke jalan yg bnr kerana kakak sentiasa mengikuti perkembangan ibu..akan tetapi ibu meminta aku jgn pedulikan lagi urusan dunia nya...dan.....aku sedih kerana jalan hdp nya yg bnyk menduakan suami..mohon pendapat semua sahabat sebelum SI TANGGANG menutup mata..
Tag : kisah


0 Komentar untuk "Kisah Benar Ibu Kena Tangkap Basah Main Dengan Lelaki Lain, Sumpah Takkan Halalkan Susu Yang Diberikan Semasa Lahirkan Saya"

Back To Top