Hati Saya Sebak, Suami Kata Saya Tiada Masa Depan - Luahan Isteri Malang

Salam..

Saya terasa dengan suami sy. Malam td suami sy cakap sy xde masa depan. Saya x tau die main-main cakap atau serius. Tp, hati sy jadi sebak tak terkata. Terus mengalir air mata. Tak de mood nak pandang muka dia.
Saya ada diploma TESL.

Cuma saya x de rezeki dapat kerja yg bagus. Sebelum kawen sy kerja sebagai tuitoin teacher. Lepas kawen sy berhenti sebab jauh rumah dengan tempat kerja. Lepas tu, sy kerja admin kat office dekat dgn rumah sy. Lepas besalin, suami suruh berhenti kerja and jaga anak.

Skrg anak dh setahun lebih, sy mintak nk kerja semula.tp, suami x bg. Dia yg x bg kerja lepas tu die ckp sy xde masa depan. Sedih sy.

Masa bercinta,bertunang,awal2 kawen dia kerja despatch je. Sy xde pun cakap die xde masa depan ke ape. Sy terima dia seadanya. Bila sy mengandung 7bln rezeki Allah bg suami dpt kerja elok kt badan berkanun. Dia x ingt ke sy yg buat resume tolong dia nak dptkan kerja tu.

Bila dia dah ade kerja bagus sikit dan sy x de kerja jaga anak kat rumah,lagi dia cakap sy xde masa depan. Saya sedih..tp pg ni dia nak g kerja sy salam cium die mcm biasa. Walaupun hati masih sedih.. doakan sy dpt kerja yg elok secepat mungkin ya. Tq.
Tag : kisah


0 Komentar untuk "Hati Saya Sebak, Suami Kata Saya Tiada Masa Depan - Luahan Isteri Malang"

Back To Top