Akan tetapi harapan datangnya kebaikan dari keikhlasan hatinya itu berubah menjadi mimpi paling ngeri dalam kehidupan berumah tangga.
Berikut kisah yang di kongsikan beliau.
Umur aku 35 bini 30
Ank kami 3 org.
Kawin da 10 thn..
Baru bercerai dgn isteri
10 tahun dulu aku tingalkan awek aku yang dah couple 8 tahun. awek sebelah rumah je. Aku kena kawin dengan sepupu aku. Permintaan mak dia yg sakit. Atas desakan family x smpai sebulan aku terus kahwin.
Bila orang tengok sepupu aku ni baik, tudung labuh macam ustazah tapi belum sampai 7 bulan kahwin da branak. Aku ni jadi pak sanggup. Aku tinggal dia 3 hari untuk bagi ruang diri aku berpikir.
Tudung besar dia hanya untuk berlakon.
Demi mak aku terima dia seadanya. Aku x nak tahu kisah sblm kawin.Walupun bayi tu bukan dari benih aku tp aku anggap mcm anak aku sendiri. Jaga besarkan dia.sebab dia x bersalah. Dan aku x penah tanya bini aku sapa laki tu dan kenapa dia pilih aku jdi pak snggup.
Lepas besalin kami pindah.
Bmula la kucar kacir hidup aku.
dia suri rumah
1-rumah aku macam tongkang pecah
-kalu tido depan tv tilam tu kalu aku x angkat kat situ seminggu.
-1 blik penuh dengan baju x berlipat
2-x nak masak
3-kuat cmburu
-aku pegi keja dia x bagi pakai ferfume dan x bagi aku serika baju.pegi la keja dengan baju komot.
4-x nak sembahyang
5-keluar rumah x nak tutup aurat.
Apa yang paling buat aku malu bila jiran2 tegur suruh aku nasihatkan bini aku sebab dorang malu tengok.
Puas aku nsihat x jalan.
Selepas 2 tahun rezeki aku lebih.demi rumah tangga sebelum pegi keje aku kemas rumah,basuh baju,sidai baju100% rumah aku kemas Makan hari2 beli luar,Settle 1 masalah.
Hari2 gaduh sebab cemburu .
Sebab x izinkan aku pegi rumah mak aku.dia cemburu dengan ex awek aku.
Padahal barcakap pun x.sebab dia da kawin duduk pun lain ngeri.Pegi rumah mak aku sorok2 sebab x nak begaduh dgn bini.Slowtalk berbaik suruh ubah pakaian suruh tutup aurat x jalan.da marah pun sama.
Aku buat bisnes dapat sup kontrak.
Aku bagi bini rm 3ribu suka hati lah dia nak beli apa..aku x kisah.
Aku belikan mak aku gelang emas harge 2ribu. Mase nak bagi mak aku gelang bini ada skali.mak aku gmbira suka. Dan mak aku tanya” Kau belikan mak gelang untuk bini ada beli skali x?”
Bini aku jawap “bini dia x pnting mak lagi pnting,kalu dia da beli mak gelang habis la duit,bila duit da habis saya x dapat la beli barag emas”
Berubah muka mak aku.Berlahan mak letak gelang kat tangan aku suruh bagi kat bini aku.mak cakap mak da tua untuk apa mak pakai emas, x de sapa nak pandang mak. Sambil mak senyum tapi air mata mak da betakung.
X ckup je rm 3ribu aku bg bini.gelang rm 2k je. Sedih hati aku beli tngok muka mak.
Rumah pun aku x kemas lg. Aku da mampu upah org. 4 kali semingu datang kemas.Selepas tahun belalu kantoi bini ada jantan lain. Bagi alasan kawan je x lebih dri tu.
Kawan dia boleh makan suap2 pegang tgn. Jntan tu ex pakwe dia yg buat dia megandung dulu.
4bulan lepas kami bergaduh dan dia kluar dari rumah duduk dengan pakwe dia.Ank2 dia x nak jaga lagi serah smua padaku termasuk la anak aku sulong tu.
Kini kami dlm proses bcerai.
Saya x tahu di mana silap saya sebagai suami. Semua kemahuan dia aku penuhi. Tapi aku gagal didik dia jd bini yang solehah. Tenyata aku ni tempat persingahan dia waktu dia dalam sesak. Mungkin dia lebih bahagia dengan pakwe dia yang merupakan suami org.
Aku tanye ape silap aku sebagai suami ?
Aku Cuma Nak dia Duduk rumah cuma jaga anak je. Yang lain semua aku upah orang. Duit belanje kete aku bagi.
Kalau bab seks 1 minggu 3x aku bagi.
Seks juga bukan sebab dia curang tapi aku x boleh berikan apa dia nak. Dia nk kebebasan. Dia nak lepak smpai tengah malam dengan kawan2. Dia bosan aku suruh solat suruh tutup aurat.
Aku da buat sehabis baik aku dah jalankan tanggung jawap aku sebagai suami.Jika kebebasan yang dia mahu buat aku dapat dosa baik kami bcerai.
Ex awek aku pun kini ibu tungal kematian suami.mak ada suruh aku kawin dengan dia tapi aku x nak sebab aku serik aku x nak hal lama jadi balik.
Kini pikiran aku ank besarkan 3 orang anak aku.Aku jarang on9. Aku korban masa dgn kawan2 smata untuk dia.balik keja pkul 5 terus duduk rumah x keluar ,Aku terima ketentuan allah.
Aku bukan nak aib kan bekas bini. Sbb korang pun x kenal aku. Aku nak luah perasaan nak lega kan hati ,Saya harap pembaca sekalian dapat bantu saya, untuk dapatkan semangat dan nasihat dari semua.Yg nak kecam tu tepulang pada diri msing2.
sumber: http://eberita.org
Tag :
perkahwinan
0 Komentar untuk "Kisah Benar Yang Menyakitkan, Dapat Bini Dah Kena Tebuk Hamil Anak Luar Nikah,Aku Terpaksa Jadi Pak Sanggup"