1. Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini berkata tiada kesalahan atau aktiviti melanggar undang-undang berlaku dalam syarikat itu ketika di bawah pengawasannya.
Saya setuju dengan Shahrol. Beliau hanya menurut perintah. ( Gambar 1 PAC Report contoh)
2. Perintah siapa ? Perintah YAB Perdana Menteri.
And rightfully so sepertimana Article 117 of M&A. (Gambar 2 PAC report)
Semua keputusan besar adalah di tangan PM bukan BOD seperti yg Shahrol nyatakan dalam PAC.
3. Tidak benar kenyataan all monies has been accounted for.
Jelas dalam PAC Report sekurang kurangnya USD 5.5 billion ( RM 21 billion )wang dan assets 1MDB tidak dapat sahkan kesudahan nya oleh JAN.
4. JAN dan PAC gagal menerumah Penasihat Khas ( Jho Low) dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat (YAB PM).
Ini adalah kemusykilan besar kepada saya kerana banyak persoalan dapat di muktamadkan sekiranya mereka berdua dipanggil.
Conclusion nya pada saya bukan sahaja BOD resign, malah Pengerusi Lembaga Penasihat juga wajib meletakkan jawatan nya.
Malangnya orang yang pertama meminta perkara sedemikian yaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin , Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang terpaksa turun jawatan.
Malah digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO.Soalan saya akhir sekali pada ahli ahli UMNO MT KB KB.. adakah anda semua tiada rasa bersalah langsung kepada TSMY?
Semua hal yang TSMY cakap di highlightkan oleh PAC.Adakah kamu semua hanya akan menyanyi lagi Tun M fitnah 1MDB tidak hilang 42 billion?
Sekian ulasan saya dan rumusan saya.
Segala apa yang saya cakap ada di dalam laporan PAC.. bacalah.. jangan jadi malas. Jangan jadi burung kakak tua cuma tahu mengajok TV3 atau orang lain.
Berubah lah UMNO
Saya berpesan atas dasar betapa saya hargai UMNO dan jasa jasanya terhadap saya dan keluarga saya. Dan amat menyedihkan kalau apa yang saya dan keluarga saya kecapi hari ini tidak dapat di nikmati oleh generasi akan datang atas sebab kita sendiri yang tidak mahu berkata benar.
100 juta di sana 1 billion di sini.. 5 billion di sana penyudah nya tiada apa lagi yang akan tinggal untuk nation building.Sampai bila?
Disclaimer : Bertanggungjawab dan melakukan sesuatu yang salah dari segi undang2 adalah 2 perkara berbeza. Jangan pulak anggap saya tuduh PM ambil duit 1MDB. Silap tu. We are looking at corporate governance sahaja.
Duit pi mana wallahualaam .. PAC pun tak tau. Apetah lagi saya. Bahaya ada yg silap baca nanti.
laporan ini ditulis oleh : Yaacob Osman
Kesimpulan yang paling tepat sekali mengikut gambarajah di bawah.Siapa tidak faham memang lah perlu get your brain check out.Ikutlah saranan PM.PAC telah pun keluarkan laporan PM tak ada kaitan.
Lets move on! .. nak komplen apa lagi?
laporan ini ditulis oleh : Yaacob Osman
Tag :
politik
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Dedahkan Ada Sesuatu Tak Kena Dengan Laporan PAC Mengenai 1DMB Untuk Mengheret Najib Ke Muka Pengadilan"