Masha Allah! Al-Fatihah..penerbangan ke KLIA dari London mengalami 'turbulence


Masha Allah! Al-Fatihah.. Sekali Lagi Pesawat MAS Ditimpa Musibah! Doakan Semuanya Akan Selamat! PrayForMH01. Kejadian disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.


KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pesawat penerbangan Malaysia MH01 yang dalam penerbangan ke KLIA dari London mengalami 'turbulence' atau gegaran udara yang menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal cedera.

Laporan BH Online melaporkan, penumpang dan anak kapal yang cedera telah pun dihantar ke Hospital Putrajaya sebaik selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 6 petang tadi.

Pesawat itu dikatakan mengalami 'Clear Air Turbulence' (CAT) atau gelora udara stabil ketika berada di ruang udara Teluk Bengal.

Kejadian disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.


http://beritabarupremium.blogspot.my

Tag : semasa


0 Komentar untuk "Masha Allah! Al-Fatihah..penerbangan ke KLIA dari London mengalami 'turbulence"

Back To Top