Sentul: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di perumahan awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul, jam 12.10 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, R Munusamy berkata, bapa mangsa menyedari kejadian selepas terdengar bunyi riuh rendah di bawah blok sebelum mendapati anaknya terbaring dengan kecederaan serius di kepala.
Katanya, bapa mangsa kemudiannya menghantar anaknya ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapat rawatan, bagaimanapun pasukan perubatan yang memberi bantuan mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia.
"Menurut bapa mangsa, anaknya dipercayai memanjat balkoni di belakang rumah dengan naik di atas bakul pakaian di tempat jemur kain sebelum terjatuh ke bawah.
"Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan serius di kepala dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
http://www.hmetro.com.my
Tag :
sedih
0 Komentar untuk "sedih raya tanpa anak tahun ni kerana terjatuh dari balkoni tingkat 3"