Pelakon wanita terkenal Ditahan Minum Arak, Pakaian Tak Sopan Dan Bekerja GRO

Kuala Lumpur: Pelakon wanita terkenal era 90-an antara 14 ditahan dalam Operasi Tahun Baru 2016 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam tadi.

Pelakon itu yang berusia 45 tahun ditahan ketika bersembunyi di tingkat dua kelab dangdut di Jalan Chow Kit, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, operasi khas sempena tahun baru itu dilaksanakan bagi menahan individu Islam yang didapati melakukan kesalahan jenayah syariah seperti minum arak, berpakaian tidak senonoh dan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

"Seramai 30 anggota penguatkuasa JAWI turut serta melakukan serbuan dengan mensasarkan kelab dangdut yang menjadi tumpuan individu Islam.



"Individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina atau menghindari pihak berkuasa agama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun kedua-duanya.

"Selain itu, pelakon wanita itu bersama beberapa individu lain pula ditahan dibawah Seksyen 19 akta sama kerana meminum minuman memabukkan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya, ketika ditemui selepas operasi berkenaan.
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Pelakon wanita terkenal Ditahan Minum Arak, Pakaian Tak Sopan Dan Bekerja GRO"

Back To Top