" Penyakit apa ni doc? "
Ini adalah gambar seorang pesakit yang ditimpa penyakit SMALLPOX.
" Eh. Tak pernah nampak pun pesakit macamni sebelum ni. Ada ke penyakit macamni? "
Mestilah dah tak pernah nampak. Ni gambar lama.
Tahukah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bahawa penyakit SMALLPOX ini adalah salah satu daripada penyakit dunia yang secara rasminya diisytiharkan pupus sejak 8 May 1980 hasil usaha kerjasama antarabangsa mencari, mengkaji dan menyediakan vaksin yang berupaya mencegah penularan penyakit tersebut sehingga membawa kepada kejayaan.
" Ouhh. Dahsyatnya saya tengok penyakit ni. Mujurlah generasi saya dah tak kena hadapi penyakit macamni. Tapi macamana penyakit ni boleh pupus, doc? "
Pencegahan melalui vaksin adalah salah satu cara yang terbaik. Vaksin ni proses memasukkan bakteria atau virus tertentu yang telah mati dan dilemahkan, lalu dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan.
Apabila sistem immunisasi badan berjaya detect benda2 ni, ia akan segera bertindak menghapuskan dan di sinilah memori terhasil. Jika benda sebegini datang lagi ke dalam badan, sistem immunisasi akan segera bertindak balas. Tapi tindak balas kali kedua ini, lebih berkesan dan effective berbanding kali pertama ia berkenalan.
Tapi itu bukan tujuannya. Perkara paling penting dalam hal vaksin ini adalah untuk mewujudkan 'herd immunity' iaitu apabila orang yang divaksin ini berjaya menjadi pelindung kepada golongan yang tidak divaksin. Jika ramai orang yang divaksin, maka perlindungan menjadi lebih kebal.
Satu-satu kelompok itu akan kebal daripada ancaman penyakit. Apabila hampir semua masyarakat sedar dan menerima vaksin, maka penyakit tidak lagi mampu menyerang ekoran perlindungan kebal yang diwujudkan sesebuah masyarakat. Inilah tujuan yang masyarakat perlu sedar akan wujudnya vaksin.
" Jadinya, doc. Kalau masyarakat tidak sedar akan kepentingan vaksin ini, masyarakat tersebut akan berkemungkinan menerima ancaman penyakit tersebut "
Sudah tentulah. Vaksin ni bukan untuk kebaikan diri kita sahaja. Tapi untuk masyarakat kita yang lain juga. Jangan disebabkan terlalu terikut-ikut dengan propaganda anti-vaxx yang penuh dengan auta dan penipuan, makanya kita terus menafikan manfaatnya. Jadilah orang yang cerdik. Bertanyalah kepada yang pakar, bukannya terus dapat dan sebarkan perkara yang tak tahu betul salahnya.
Jaga-jaga! Kalau kita terus sebegini, tidak mustahil penyakit yang jarang2 sekali kita jumpa ni akan kembali menyerang semula.

Tag :
kesihatan
0 Komentar untuk "AKIBAT XAMBIL SUNTIKAN VAKSIN MASA KECIL-Ini adalah gambar seorang pesakit yang ditimpa penyakit SMALLPOX. "