Perjuangan melalui kempen perundangan berdasarkan laungan Hak Asasi dalam Perlembagaan Negara dijadikan modal supaya Kerajaan dan masyarakat tunduk kepada kemahuan mereka untuk mengamalkan gaya hidup seks bebas.
Naib Presiden Muafakat, A. Karim Omar mendedahkan, golongan pengamal LBGT kini berusaha menggunakan proses undang-undang di mahkamah dan mengaitkan hak asasi dalam perlembagaan sebagai hujah utama.
“Malah, mereka juga menerima sokongan kewangan, moral dan politik dari pelbagai pihak dan kerajaan luar,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai Ancaman Keselamatan Negara di Menara Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
Program tiga jam itu dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Biro Tata Negara.
Menurut A. Karim, dengan bergabung sesama sendiri serta disokong lebih 60 persatuab lain, aktivis LBGT menggunakan perkembangan hak asasi manusia di Barat sebagai petunjuk kebebasan.
Katanya, aktivis LBGT mahu negara ini menerima kebebasan seksual sebagai
isu hak asasi serta mendesak kerajaan patuh pada kemahuan mereka. Selain itu katanya, sokongan kewangan daripada pelbagai agensi hak asasi di Amerika Syarikat menjadikan gerakan LBGT ini memiliki sumber dana yang mencukupi untuk berkempen.
“Ini campur tangan asing yang sengaja mahu mencabar perlembagaan negara terutama kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Selagi Islam ada dalam perlembagaan, kebebasan seks tidak boleh diiktiraf. Jadi, mereka menyerang status quo Islam dalam Perlembagaan,” katanya pada lebih 300 penjawat awam yang mewakili lima kementerian kerajaan.
“Agensi yang berlindung di balik nama hak asasi di Amerika Syarikat ini ditaja George Soros. Malah, Naib Presiden Amerika Syarikat, John Kerry telah menganugerahkan pingat negara kepada seorang aktivis LBGT sebagai pengiktirafan terhadap usaha menuntut kebebasan amalan seks di negara ini,” jelasnya. -MYNEWSHUB.CC
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "49,000 Transgender Beragama Islam Tuntut Agar Diluluskan Hak Amalan Seks Bebas Di Malaysia"