Polis Lindungi Rumah Judi Dan Pelacuran

Artikel ini buat KPN agar tindakan di ambil demi kesejahteraan rakyat.

Salam buat semua rakyat marhaen, ini merupakan pendedahan mengenai KEGIATAN HARAM PERJUDIAN DAN PELACURAN YANG DILINDUNGI OLEH PEGAWAI POLIS YANG BERPANGKAT ASP.

Polis Ambil Mudah – Serbuan Sekadar Lakonan Sandiwara

Saya merupakan salah seorang penduduk di kawasan Perumahan Saujana Puchong rasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana saya melihat pihak PDRM di kawasan ini mengambil mudah masalah berkaitan perjudian ini walaupun sebelum ini ada diantara penduduk Saujana Puchong telah menyampaikan rasa tidak puas hati melalui aplikasi whatsapp kepada KP Daerah Subang Jaya ACP Yahya.

Selepas perkara tersebut sampai kepada pengetahuan KPD dalam 2-3 hari dapat lihat pegawai polis sibuk melakukan operasi seakan-akan mahu membanteras aktiviti tersebut tetapi malang sekali kerana tindakan tersebut hanyalah sekadar mahu menunjukkan dimata penduduk disini bahawa pihak polis ada melakukan serbuan.

Apa yang saya kesali selepas seminggu saya dapat lihat kedai-kedai mesin judi ini kembali beroperasi seperti biasa tanpa ada rasa perasaan takut dikalangan pemilik premis.

Selepas perkara tersebut sampai kepada pengetahuan KPD dalam 2-3 hari dapat lihat pegawai polis sibuk melakukan operasi seakan-akan mahu membanteras aktiviti tersebut tetapi malang sekali kerana tindakan tersebut hanyalah sekadar mahu menunjukkan dimata penduduk disini bahawa pihak polis ada melakukan serbuan.

Apa yang saya kesali selepas seminggu saya dapat lihat kedai-kedai mesin judi ini kembali beroperasi seperti biasa tanpa ada rasa perasaan takut dikalangan pemilik premis.



Saya Menjadi Penyiasat Persendirian (PI)

Jadi saya mula rasa curiga dengan keadaan ini dan mula rasa ingin tahu apakah yang terselindung disebalik kegiatan ini. Jadi saya pun memulakan sedikit siasatan untuk mencari punca-punca yang menyebabkan kedai mesin judi ini masih dibiarkan beroperasi.

Saya cuba menyamar menjadi salah seorang pelanggan dan memasuki kedai-kedai mesin judi di sekitar kawasan Saujana Puchong dan ternyata kedai-kedai di kawasan tersebut amat susah untuk dimasuki dengan kawalan keselamatan yang ketat menggunakan cctv dan juga pintu masuk automatik.

Setelah melihat keadaan kedai-kedai judi di kawasan Saujana Puchong. Saya pun cuba meluaskan kawasan siasatan saya dan hampir setiap kedai di kawasan Saujana Puchong, Pekan Batu 14 Puchong, Taman Puchong Utama berhampiran pasaraya AEON BIG dan kawasan Perindustrian Puchong Utama (Maju Jaya) telah saya jelajahi untuk mengesan kegiatan-kegiatan haram tersebut (saya yakin banyak lagi kedai-kedai judi yang belum saya temui).


.
Sindiket Jenayah Terancang

Sehinggalah saya dapat berjumpa dengan beberapa orang lelaki berbangsa cina yang bergelar PR (Public Relation) untuk setiap kedai mesin dan rumah-rumah pelacuran di kawasan Puchong.

Salah seorang daripada mereka bernama Kelvin (bukan nama sebenar). Beliau memberitahu saya beliau telah lama menjadi PR dan belum pernah ditangkap.

Beliau memberitahu saya setiap bulan beliau akan membayar wang perlindungan mencecah ribuan ringgit kepada seorang pegawai berpangkat Ketua Polis Balai Bukit Puchong bernama ASP Harikrishnan untuk melindungi setiap kedai mesin judi dan rumah pelacuran dibawah jagaan beliau.

Beliau berkata pegawai tersebut tidak mengambil wang tersebut dengan sendirinya dan beliau menggunakan orang perantaraan (anggota bawah jagaan beliau atau kawan beliau) dan ada juga di tempat-tempat lain (kedai-kedai mesin judi dan rumah pelacuran lain) wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank yang bukan milik pegawai tersebut bagi mengelakkan wang perlindungan (wang rasuah) ini dari diketahui oleh pegawai-pegawai atasan yang lain serta pihak SPRM.

Beliau memberitahu pegawai tersebut memang telah mengetahui tentang semua kegiatan-kegiatan perjudian dan pelacuran di kawasan Puchong ini. Kata beliau lagi serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis hanya untuk memenuhi syarat dan menunjukkan bukti pihak polis membuat kerja tetapi sebaliknya yang berlaku.

Saya bertanya kepada beliau tidak adakah pegawai-pegawai yang datang membuat serbuan ke atas kedai judi dibawah jagaan beliau.

Beliau memberitahu saya sekiranya ada serbuan atau tangkapan melibatkan kedai mesin judi pasti mereka akan membawa barang-barang perkakasan mesin judi dari kedai-kedai ke Balai Bukit Puchong dan kemudian mereka akan menghubungi PR dan meminta PR untuk membayar sejumlah wang bagi mendapatkan semula peralatan tersebut.

Tangkap, Jamin, Lepas – Bisnes Judi & Pelacuran Berjalan Seperti Biasa

Kemudian beliau (PR) akan pergi ke Balai Polis Bukit Puchong dan bejumpa dengan ASP Harikrishnan dan membayar wang jaminan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Barulah pegawai tersebut akan melepaskan tangkapan dan perkakasan mesin judi tersebut dan dibawa balik dan kemudian meneruskan perniagaan seperti biasa dengan membayar wang perlindungan bulanan kepada ketua polis tersebut.

Begitu juga dengan keadaan rumah-rumah perlacuran. Katanya mereka akan membuat cara yang sama bagi menuntut bayaran dari PR dan kemudian akan membebaskan kesemua pelacur-pelacur untuk menjalankan kegiatan seperti biasa.

Katanya juga rumah pelacuran dibawah jagaannya juga terpaksa membayar wang perlindungan kepada ketua polis tersebut sama seperti kedai mesin judi.



.Apa Guna Buat Lapuran Polis – Mereka Sendiri Yang Melindungi Penjenayah
Saya berasa tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan dengar sendiri kerana dalam keadaan sekarang ini masih lagi wujud pegawai-pegawai polis yang sanggup mementingkan duit poket dari melaksanakan tanggungjawab mereka.

Setelah selesai siasatan saya yang memakan masa yang agak lama. Saya meminta pendapat daripada sahabat-sahabat saya tentang perkara ini dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan mana-mana pegawai polis dari Balai Polis Bukit Puchong, IPD Subang Jaya ataupun dari IPK Selangor kerana saya yakin beliau mempunyai ramai kenalan berpangkat pegawai atasan yang boleh dibayar (dirasuah) untuk menutup semua kegiatan dan kesalahan beliau ini.
.
Saya masih teringat kata-kata dari Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu beliau mula menjawat jawatan TPM yang beliau akan memerangi aktiviti perjudian 100%.sumber: suarakami4.blogspot.my


Artikel ini ditulis oleh Tn. Mohd Zamzuri‎
SRMR (Solidariti Rakyat Memerangi Rasuah Dan Salah Guna Kuasa)





Tag : semasa


0 Komentar untuk "Polis Lindungi Rumah Judi Dan Pelacuran "

Back To Top