4 Keburukkan Tidur Selepas Sahur Yang Wajib Anda Baca No 3 Paling Bahaya

Bangun untuk makan sahur memang boleh menjadi cabaran tersendiri bagi orang yang menjalani Ibadah puasa. Sebab masa untuk sahur adalah waktu tidur yang masih cukup nikmat. Tapi bagaimanapun kita tetap harus bangun untuk makan sahur. Makan sahur sangat penting kerana merupakan kunci tenaga untuk menjalani puasa seharian.

Tak jarang, orang yang makan sahur terus tidur selepas. padahal hal ini cukup berbahaya untuk kesihatan kerana boleh mengganggu sistem kerja organ dalam mencerna makanan. Tabiat buruk ini boleh menyebabkan gangguan puasa, kerana itu penting bagi anda untuk tidak tidur selepas sahur. Langsung tidur setelah santap sahur boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius, baik dalam jangka pendek maupun kedepannya nanti.

 Bahaya tidur selepas sahur:

1. Tekak panas

Puasa boleh menyebabkan tekak panas akibat refluks asid. Refluks asid ini terjadi apabila injap antara perut dan esofagus tidak menutup sempurna. Keadaan ini berlaku apabila tubuh terbaring dalam keadaan perut penuh. Akibatnya asam lambung naik ke tekak dan memunculkan
sensasi seperti terbakar.

2. Berat badan naik

Puasa memang tidak makan dan minum selama seharian, akan tetapi bukan bermakna badan kita akan kurus selama puasa. Jika selama puasa menjalani pola hidup yang kurang sihat, tetap saja ada kemungkinan berat badan naik semasa berpuasa. Tidur selepas makan sahur boleh menyebabkan tubuh menyimpan lemak lebih banyak. Terlebih jika anda mengambil makanan berlemak atau makan makanan yang digoreng. Hal ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda terlebih bagi yang sedang diet dan ingin melangsingkan badan.

 3. Stroke

Stroke merupakan penyakit berbahaya yang ditakuti banyak orang. Risiko daripada penyakit ini tidak main-main, dan boleh timbul dari hal remeh seperti kebiasaan tidur selepas makan. Menurut kajian yang telah dilakukan, kebiasaan buruk langsung tidur setelah makan akan meningkatkan risiko terkena stroke. Kerana itu, elakkan kebiasaan tidur selepas makan, terutama ketika makan sahur untuk puasa.

Bahaya tidur selepas makan sahur ini tergolong tidak remeh. Jadi jangan jadi kebiasaan sehingga merugikan kesihatan anda sendiri. Lebih baik lakukan hal yang bermanfaat setelah makan sahur dan elakkan tidur.

4. Dada terasa panas

Rasa panas pada dada juga boleh berlaku akibat bahaya tidur selepas makan sahur. Ketika tubuh sedang berehat atau tidur, keadaan ini sebenarnya akan membuat sistem pencernaan bekerja lebih keras. Jika selepas makan anda terus tidur, maka akan mencetuskan pedih hulu hati kerana kadar asam lambung yang meningkat. Naiknya zat asam pada lambung juga akan menyebabkan rasa panas pada bahagian dada.
Tag : agama


0 Komentar untuk "4 Keburukkan Tidur Selepas Sahur Yang Wajib Anda Baca No 3 Paling Bahaya"

Back To Top