-------------------------------
Melayu
Alfatihah
Islam :
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Usung jenazah
----------------------------
Melayu:
Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu
Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.
Tanam jenazah
-----------------------------
Melayu:
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu
Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
Kubur jenazah
---------------------------
Melayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000...MasyaAllah.
Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.
Kenduri Arwah
----------------------------
Melayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
Talqin
-------------
Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
BERLAPANG DADA , RENUNGKANKAH...MELAYU SEKADAR BANGSA DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..
Jadikan pesan nabi saw dlm hadis sbg panduan:-
"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
kiriman artikel : follower page puteraizman.com
Tag :
agama
35 Komentar untuk "Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Di teruskan Hingga Kini"
Apa kata pabila Penulis ini mati kelak...kita humbankan jer kdalam kubur cepat2...pastu timbus dan tinggalkan gitu jer...........wallahuaklam
Mengikut cerita seorang kawan, di Mekah dan Madinah selepas saja selesai solat jenazah, jenazah diusung ke kubur, ditanam, dan kemudian semua yang mengiringi balik. Tiada talkin, tahlil, doa dsb.
benar apa yang dikatakan penulis. saat tepat pada hadis hadis rasulullah yang shahih. nak terima tak nak terpulang... semoga Allah memberi kita hidayah Aamiinnn...
Yg komen paling atas tu yg yakde nama tu... hang belajaq kt mana nk humban mayat & main kambus lepas tu berambus, dh penulis sampaikan ilmu dgn sandaran dalil, jawabla dgn dalil yg lebih sahih, bukan dgn dalih.. Nauzubillahiminzalik..
Klu ikut budaya arab memang kasar lps solat pun x de doa...mereka sendiri mengakui imam shafie yg kita patuhi lebih halus n banyak kebaikan so why not refer n google ke ustaz azhar idrus...
Tahlil, talqin utk yg hidup bkn yg mati. Bila masa ingat mati? Bahasa melambangkan budi dan ilmu. Kebumi bkn tanam ada faham.
Tahlil, talqin utk yg hidup bkn yg mati. Bila masa ingat mati? Bahasa melambangkan budi dan ilmu. Kebumi bkn tanam ada faham.
Wahabi
Al Fatihah tu maksudnya sedekahkan kepada simati, Innalillah tu kalau kena musibah, bukan mati je baru sebut Innalillah.
Tapi macam mana Melayu dapat ilham buat benda tu semua kalau takde yang mengajar. Lagi pun Islam ada 4 mazhab. Mestilah ajaran nya pun lain² tak sama.
Ada sebab knpa ahli2 fekah dulu, ulama dan ahli sufi terdahulu,yg tulis kitab2 lama ni, perkenalkan byk amalan yg kita kata ni adat org melayu. Xsemua adat kita ni syirik, melanggar syarak. Ulama2 dulu2 tanah melayu kita ni tersohor seantero dunia. Xkan suka2 nak ajar yg bukan2. Pernah diriwayatkan, dlm hadith soheh, kata Rasulullah, akan ada 1 kaum di benua yg jauh dari sini, akan tersohor di dunia, malah lebih hebat dari kaum arab. Bansa ni x berbahasa arab.... mengikut kajian ulama2 dulu, melayu lah bangsa dan kaum yg dimaksudkan. Yg menjadi pendokong dan pemelihara Islam di muka bumi ni.
Byk amalan2 dalam beragama Islam ni, yg hanya ada pada org melayu, tersimpan fadhilat dan kebaikan tersendiri. Contoh :
1. Talkin : talkin tu bukan nak peringatkan yg dah meninggal. Yg dah kebumi tu amal dia hak ALLAH SWT. Tapi ulama2 fekah melayu dulu, anjurkan untuk memberi pengajaran pada yg masih hidup ni. Yg hidup ni sementara. Semua ALLAH SWT.
2. Kenduri tahlil dan doa selamat : berkumpul ramai2, berzikir, bertahmid, bertasbih, bacaan ayat2 suci Al Quran secara beramai byk kebaikan dia. Berjemaah mencari redha ALLAH SWT. Kenduri makan2 tu adalah adat, yg anjurkan jiran tetangga bantu tuan rumah yg ditimpa musibah. Gotong royong bantu. Bentuk sepakat.
3. Batu nisan @ tulisan di batu.
Itu peringatan bg yg masih hidup. Supaya kenal erti mati. Belajar ilmu kehidupan yg penting.
Mungkin ada amalan2 kita yg xbetul. Mungkin dah diselewengkan. Cuma fikirkan sejenak. Ulama2 tersohor mcm tok kenali, nik aziz, abdullah fahim, haji ghazali dan ramai lg; masing2 tulis kitab fekah, tasawwuf, ibadah, syariah etc utk tatapan dan pendidikan umat akan datang terutamanya org melayu. Xkan depa yg berpengaruh ni x halang benda2 yang kita anggap karut ni, daripada menular di dalam bangsa? Sudah tentu dela dah pk hbis. Dah tafsir hbis dah.
sapa sender ni kena berguru lebih sket sebelum nak berkata2 pasal agama. jgn main sedap
mengarang. kena faham perlakuan tu dulu . contoh talqin bocorksn rahsia opah hang. tu utk mengingatkan yg hidup. Wallahua'lam
Nampak mirip fahaman baru
Wallahualam. Ada betul jugak amalan Melayu ni. Yg penting terletak pd niat masing. Contoh mcm talkin tu, utk mendekatkan diri kepada Allah dan mengingati mati. Wallahualam
ini fahaman puak2 negeri perlis dan yg seangkatan dgnnya
http://www.pelitabrunei.gov.bn/template/seruan-suci
bacalah ini wahai umat islam yang berbangsa melayu. kutbah sembahyang jumaat di negara Brunei Darussalam pada 1 julai 2016 yang lalu tentang kubur dan hal ehwal yg sewaktu dengannya. Jangan belajar dengan satu kitab, belajarlah dengan Alquran, hadith2, semua pendapat2 jumhur ulama dan bermazhablah.
Semoga bermaanfaat.
Talkin tu soalan bocor bg yg masih hidup...bkn utk jenazah yg baru dikebumikan. sarkastik tk bertempat sender ni. Ini kaum puak mazabi-wasabi al-perlisi. Puak ni cukup susah utk berlapang dada bila tiba waktunya. Semuanya mereka benar. Yg tkmau ikut dituduh bid'ah, sesat dan masuk neraka.
Amalan yg kita buat masakini adalah mengikut jumhur ulamak. Jd berlapang dadalah menerima & beramal. Bg yg xnak amal pun silakan...selagi ia x bertentangan dgn syariat maka x salah kita beramal utk kebaikan semua.
Amalan yg kita buat masakini adalah mengikut jumhur ulamak. Jd berlapang dadalah menerima & beramal. Bg yg xnak amal pun silakan...selagi ia x bertentangan dgn syariat maka x salah kita beramal utk kebaikan semua.
tetapi apabila pengurusan kenduri atau talkin merumitkan mereka yang masih hidup bagaimana?
apa pula kata anda semua jika bila rasulullah wafat, ada ke talkin di atas kubur? kenduri arwah? jirus dengan air? letak daun pokok kurma? atau sahabat sahabat nabi? hmmm
tetapi lapangkah dada saudara bila menyindir apa yang ditulis pula? ada saudara selidik sikit apa yang ditulis dan kesahihannya atau berpegang hanya kepada tradisi?
jumhur ulamak ada backup dengan hadis dan dalil ke? sekadar ingin tau
betul kah kalau kita ikut semua mazhab kita wahabi, kerana tidak tahu mazhab mana kita ikut.
Lain Ahlus Sunnah kata, lain pula Ahli Bid'ah rumuskan.
Ahlus Sunnah kata tiada dalil mesti baca surah Yasin malam Jumaat. Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi mengharamkan umat Islam membaca al-Quran."
Ahlus Sunnah kata berzikir dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang yang masih beribadah bukan sunnah Nabi, Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi melarang umat Islam berzikir".
Ahlus Sunnah kata jangan ubahsuai tatacara berselawat yang telah diajarkan oleh Nabi,apalagi diiringi muzik, itu mirip orang nyanyi-nyanyi.. Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi amat bencikan selawat"
Ahlus Sunnah kata jangan buat ibadah dan bertawasul di kuburan, Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi haramkan ziarah kubur".
Ahlus Sunnah kata tidak perlu merayakan maulid nabi, para sahabat yang lebih mencintai Rasulullah saja tidak melakukannya.. ahli bidaah mengatakan "wahabi tidak cinta Rasulullah shallallahu alaihi wasallam"..
Ahlus sunnah kata Jangan taqlid buta pada madzhab tertentu.. Ahli Bidaah mengatakan "wahabi anti madzhab, anti ulama', dst..
Ahlus Sunnah kata hendaklah mengikuti sunnah dan meninggalkan syirik dan bid'ah yang dilarang Nabi, Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi menerakakan umat Islam".
Allah memerintahkan saling mengingatkan dan menasehati dalam kebenaran dan kesabaran.. Amar makruf nahi munkar = Dikira memecah belah..
----------------------
inilah hujah mereka ahli bidaah kerana ingin membenarkan perbuatan yang dilakukan...keluarlah jawapan yg dia sendiri cipta
Lain yang orang cakap lain pulak yang dia takwil...
Nampak tak permainan Ahli Bid'ah menjauhkan umat Islam dari ajaran Nabi dan menanam kebencian di hati mereka kepada ajaran baginda yang asal?
Padahal Nasehat-nasehat itu disertai dalil dari Al Qur'an dan Assunnah yang Shahih sebagaimana difahami para sahabat dan para salaf.. Tapi sayangnya... Mereka lebih milih taqlid sama tok syeikhnya, Ustadz-ustadznya, habib-habibnya, dan lebih Fanatik sama golongannya..
alhamdulillah .ap yg anda sebut mmg betul .lagi 1 yg terakhir ad selit hadis .maka siapa yg menentng dn menuduh kamu wahabi .bersabarlah .aku boleh tlg selitkan bbrp hadis .tp aku takut ditiduh wahabi .org melayu bnyk sgt salah dlm pengurusan jenazah .lebih2 lg dduk di atas kubur .sedangkan pd zaman rasullulah .diceritakan rasullulah mengingatkan kpd jamaah yg masih hidup .bukan pd si mati yg dah terang2 dlm tanah .dn 1 lg .xperlu kenduri2 arwah sbb dah jelas cuma 3 perkara yg sampai pd jenazah .lg 1 pd kenduri di rumah si mati .knp keluarga si mati sediakan ?sedangkn yg paling baik adalah jiran membantu ? .sbb knp xboleh membina bangunan dikuburan spt kepok2 .kerana nnt dajjal akn sepak kubur2 yg membuat bangunan di atasnya maka jasad2 akan tercampak keluar .jd renung2kan .kpd admin .perkongsian ini sgt sgt bagus .jika kamu dituduh wahabi .xpe .kita lihat nnt siapa mereka kat sana .dn betulkah ap adat melayu lakukan .semua akn dpertanggungjawap .jika dibahas pasal agama .kebanyakan akn berckp "aku ikut mazhab imam shafiee" .skrg aku nk bertanya .siapa lg mulia ? rasullulah s.a.w atau imam shafie ?sedangkan nabi dah bersabda telah aku tinggalkan kamu 2 prkara dn kalian xkan sesat selagi kamu brpgg tguh pd ke2 nya iaitu kitabullah (al-quran) dn hadis .jd knp xrujuk kat Al-quran dn Al-hadis .knp mesti mazhab yg dipertahankan .dn buat pengetahuan ramai kat sini .kebanyakn org yg pertahahankan mazhab pn xpernah lihat ap tu mazhab .jadi ?
Kalau tak boleh pasang nisan tak boleh tulis nama
Macam mana anak cucu nak melawat nanti?????
Bukan kah melawat tanah perkuburan itu di tuntut dlm ugama walaupun bukan WAJIB????
fuh dangkal gile cadangan.
dia x belajar kat mana pon bro. menjawab menggunakan akal dan emosi.
ahbash
awak pula mirip fahaman nenek moyang
otak dah jadi benak sebab selalu sgt buat bidaah
MasyaAllah ...Bila kata Jumhur Ulamak adalah pendapat mejority ulama. Ulamak pula bukanya buat keputusan mengikut nafsu macam kita, tentunya merujuk hadis, quran dan pelakuan sahabat Rasulullah.
Haji Roszad,
Kalau kita belajar dan mampu mentafsir Quran dan Hadis serta mengetahui sejarah para sahabah, maka bolehlah kita betiktijhad sendiri atau dengan kata lain boleh kita menghukum sesuatu perkara bernas Quran dan Hadis. Saya tak tau kemampuan Hj Roszad, tapi majoriti umat islam tak berkemampuan berbuat demikian kerana untuk mentafsir ayat quran dan hadis perlu mempunyai Ilmu. Kalau mampu maka tiada timbul isu mengikut semua mazhab. Kita bermazhab disebabkan kekangan ilmu yang kita ada dalam mentafsir Quran dan Hadis. Oleh itu terpulang mazhab mana kita nak ikut kerana semua mazhab sunnah waljamaah adalah benar kerana ulama-ulama ini telah membuat kajian mendalam dalam sesuatu permasalahan dalam agama. Wallahualam
Islam tlh sempurna apabila wafatnya Nabi saw. Ditinggalkan kpd kita dua perkara - al Quran dan sunnah nabi. Dlm hal ibadat kita tdk boleh memandai2, menambah, mengurang, meminda. Baik atau tidak sesuatu amalan tidak boleh dinilai dgn akal tp wajib selaras dgn apa yg telah nabi tunjukkan. Contohnya Kita tidak berhak mengatakan majlis tahlil seperti yg diamalkan masyarakat nusantara dulu dan sekarang adalah amalan yg baik. Sebabnya tiada satu riwayat pun menunjukkan nabi pernah buat. Sahabat2 jg tdk pernah buat. Walhal ramai sekali yg mati pd zaman nabi trmasuk isteri2, anak2, saudara mara, sahabat. Apabila ada kematian di tempat kita dan kita adakan majlis tahlil / kenduri arwah dgn mngucapkan zikir2 dan bacaan Quran, kita nampak tiada apa yg salah. Sebenarnya semua zikir dan bacaan Quran itu tdk salah. Yang salah adalah kita buat satu amalan keagamaan berkaitan kematian yg tdk pernah dibuat oleh nabi dan sahabat. Secara tidak sedar seolah2 nabi terlupa mngajarkan kpd kita apa yg perlu dibuat apabila brlaku kematian. Bahayanya amalan ini yg kita nampak baik sebaliknya telah meletakkan Quran dan sunnah di belakang adat. Imam Shafie sndiri melarang amalan ini tetapi kita tetap jg amalkan adat yg hanya diperkenalkan oleh wali songo. Wali songo menghadapi kesukaran membuang amalan berkaitan kematian yg diamalkan penduduk Jawa dan nusantara amnya yg amat tebal dgn adat Hindu jadi mereka menukar amalan dan bacaan Hindu dgn zikir. Sewajarnya kita kembali kpd sunnah kerana kita telah pun Islam lbh 600 thn. Ingatlah pada pesan nabi bahawa sebaik2 para wali tdk akan dpt melebihi seburuk2 sahabat. Sehebat mana pun alim ulamak dan tok2 guru kita tdk akan melebihi para sahabat. Jadi kalau nabi tak buat, sahabat tak buat walau pun telah berlalu beribu kematian, kenapa kita buat? Adakah alim ulamak yg kata boleh buat itu lebih mulia drpd nabi dan para sahabat? Atau sekadar utk mengambil hati masyarakat dan menjaga pengikut?
Jawaban atas tuduhan Adat Melayu Yang di anggap Bertentangan dengan syariat .
1. *Mendengar berita kematian:*
Mereka mengatakan adat melayu hanya membaca Alfatihah saja.
*Jawab* :
Yang di baca adalah takziah Innalillahi wa inna ilaihi roji'un dan Alfatihah
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Jika salah seorang diantara kalian meninggal dunia maka jangan tahan jenazahnya,segera bawa dia ke kuburnya dan bacakanlah surat Al-Fatihah didekat kepalanya dan surat Al-Baqarah didekat kakinya di kuburnya.'(HR. Thabrani dan Baihaqi)
2. *Tanam jenazah*
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu
*Jawab* :
– Jirus air
Dalam kitab Al-Um karya Imam Syafii dan Sunanul Kubra karya Imam Baihaqi disebutkan:
أن النبي رش على قبر إبراهيم ابنه
"Sesungguhnya Nabi ﷺ memercikkan air ke kubur putra baginda yang bernama Ibrahim."
– Tabur bunga adalah anjuran dari hadits tentang pelepah kurma diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
– Tabur batu/tanah yang di genggam
Dalam hadits di kitab-kitab sunan disebutkan:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حضر جنازة ، فلما دفن الميت أخذ قبضة من التراب فألقاها في القبر ثم قال ( منها خلقناكم ) ثم أخذ أخرى وقال : ( وفيها نعيدكم ) . ثم أخذ أخرى وقال : ( ومنها نخرجكم تارة أخرى ) .
Rasulullah ﷺ menghadiri jenazah. Ketika jenazah di kebumikan, baginda mengambil segenggam tanah, kemudian melemparkannya ke dalam kubur.
3. *Kubur jenazah*
Mereka mengatakan:
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
*Jawab* :
Tidak ada satu pun kuburan yang di jadikan masjid yang ada adalah masjid yang ada kuburannya.
Ibnu Syabbah meriwayatkan dalam Tarikh al-Madinah:
عَنْ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَدْخُلُوْنَ حُجَرَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلُّوْنَ فِيْهَا يَوْمَ الْجُمْعَةِ بَعْدَ وَفَاةِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ الْمَسْجِدُ يَضِيْقُ بِأَهْلِهِ.
“Imam Malik berkata: “Orang-orang memasuki kamar-kamar isteri-isteri Nabi ﷺ , mengerjakan shalat di dalamnya, setelah wafatnya Nabi ﷺ , dan Masjid sesak dengan orang yang menghadirinya.”
4. *Kenduri arwah*
Mereka mengatakan :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
*Jawab* :
Rasullullah ﷺ menganjurkan membaca surah Yasin untuk mayyit
"اقرءوها على موتاكم" يعني يس
Bacakanlah surat tersebut terhadap orang-orang yang mati di antara kalian." Yaitu surat yasin" (HR. Abu Daud, Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Majah )
Hadis ini Sahih menurut Imam ibnu Hibban dan imam Al-Hakim.
Jawaban mengenai 7 hari, 40 hari dan sedekah makanan
ﺍﻟﺤﺎﻭﻱ ﻟﻠﻔﺘﺎﻭﻱ ﻟﻠﺴﻴﻮﻃﻲ - ( ﺝ 3 / ﺹ 266 )
ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﺰﻫﺪ ﻟﻪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻫﺎﺷﻢ ﺑﻦ ﺍﻟﻘﺎﺳﻢ ﻗﺎﻝ ﺛﻨﺎ ﺍﻻﺷﺠﻌﻲ ﻋﻦ ﺳﻔﻴﺎﻥ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﻃﺎﻭﻭﺱ ﺇﻥ ﺍﻟﻤﻮﺗﻰ ﻳﻔﺘﻨﻮﻥ ﻓﻲ ﻗﺒﻮﺭﻫﻢ ﺳﺒﻌﺎ ﻓﻜﺎﻧﻮﺍ ﻳﺴﺘﺤﺒﻮﻥ ﺃﻥ ﻳﻄﻌﻤﻮﺍ ﻋﻨﻬﻢ ﺗﻠﻚ ﺍﻷﻳﺎﻡ
“ Thowus berkata “ Sungguh orang-orang yang telah meninggal dunia difitnah dalam kuburan mereka selama tujuh hari, maka mereka (para sahabat nabi) gemar (bersedekah) menghidangkan makanan sebagai ganti dari mereka yang telah meninggal dunia pada hari-hari tersebut “.
Fitnah dan dusta yang nyata jika di katakan ritual seperti ini adalah cara hindu sebab di dalam ritual tahlilan ada ucapan kalimat tauhid. Sejak bila agama hindu membaca kalimat tauhid ??
Banyak adat melayu yang masih ada sampai saat ini adalah adat yang di himpun dari as-sunnah dengan dalil-dalil dan hadits, hanya saja golongan ini menolaknya sebab dalil-dalil dan hadits-nya Dianggap Tidak Sahih.
��Ikuti dan Share Channel Telegram SAHABAT ASWAJA
� http://bit.ly/sahabataswaja
AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Persoalan :
1. Hukum Ziarah Kubur
2. Ziarah kubur pada hari dan waktu tertentu
3. Membaca al Quran di Kubur
4. Mengusap di Kubur
5. Bertawassul
6. Meletakkan bunga dan menyiram air di kubur
Jawapannya di sini :
https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/859390294126113:0
Persoalan :
1. Hukum membaca Surah Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia
Jawapannya di sini :
https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/
Persoalan :
1. Hukum binaan di kuburan
Jawapannya di sini :
Gambar-gambar binaan kubur di ma'la di Mekah , baqi' di Madinah dan hukum binaan di kubur :
1. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/862395130492296
2. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/686777904720687
Persoalan :
1. Hukum Mengambil Upah Membaca al Quran
Jawapannya di sini :
https://www.facebook.com/notes/kami-tidak-mahu-fahaman-wahhabi-di-malaysia/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran/348860045179143
Persoalan :
Hukum membaca talqin
Jawapannya di sini :
1. Jawapan Ustaz Abu Muhammad : http://bahrusshofa.blogspot.my/2008/12/talqin-raudhatuth-tholibin.html
2. Status Hadith mengenai talqin :
http://jomfaham.blogspot.my/2010/05/kedudukan-hadits-talqin-setelah-dikubur.html
3. Ulamak di dalam 4 mazhab membolehkan membaca talqin
http://jomfaham.blogspot.my/2008/12/hukum-membaca-talqin-2.html
*Amalan umat Islam di Malaysia ternyata ada sandaran dari al Quran dan Hadith.