Pelajar Perempuan Mengakuan Kemaluan Dan Payudara Diraba Pengetua Sekolah Agama

KISAH ini dipetik daripada laman mikro Twitter @takaharasuito yang dikongsi oleh salah seorang mangsa perbuatan terkutuk seorang guru besar sekolah agama.

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku sejak dia mula memasuki sebuah sekolah agama sewaktu umurnya sembilan tahun dan berlanjutan sehingga dia berusia 12 tahun.

Luahan Mangsa Cabul Seorang Guru Besar Sekolah Agama


Detik hitam dalam hidupnya bermula apabila seorang guru besar berusia dalam lingkungan 50 tahun diberi tanggungjawab untuk mengajar murid-murid darjah empat dan lima.

Guru besar miang terbabit menyuruh anak muridnya duduk di atas ribanya sebelum bertindak menyentuh dada dan meraba kemaluan mereka.

Disebabkam masih terlalu muda dan mentah, mangsa tidak mengesyaki setiap tindakan yang dilakukan oleh guru besar terbabit terhadap dirinya dan beberapa murid yang lain.

Malah setiap tindak tanduk guru besar berkenaan dianggap seolah-olah seorang datuk yang cuba untuk ‘bermesra’ dengan cucu-cucunya.

Luahan Mangsa Cabul Seorang Guru Besar Sekolah Agama


Namun setelah menginjak usia 12 tahun, barulah dia menyedari bahawa setiap perlakuan guru besar itu terhadap dirinya merupakan salah satu bentuk gangguan seksual.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak menceritakan kisahnya dicabul oleh guru terbabit kerana menganggap tiada siapa akan mempercayainya memandangkan si pelaku itu adalah seorang guru besar sekolah agama.

Hal itu membuatkan mangsa mengambil keputusan untuk berpindah daripada sekolah berkenaan kerana tidak ingin melihat atau berjumpa dengan guru besar tersebut.

Luahan Mangsa Cabul Seorang Guru Besar Sekolah Agama


Jelas mangsa, walaupun kisahnya bukanlah sekejam kes-kes rogol yang berlaku. Namun dia tetap berasa terkesan setiap kali mendengar kisah-kisah berkaitan pencabulan lebih-lebih lagi melibatkan murid sekolah dan kanak-kanak.

Malah mangsa juga berharap, kisah yang dikongsikan dapat membuka mata masyarakat terutama sekali ibu bapa bahawa ganguan seksual terhadap kanak-kanak sememangnya wujud.

Disamping itu, dia juga berharap detik hitam yang dilaluinya itu tidak berulang kepada mana-mana murid yang lain. – MYNEWSHUB.CC
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Pelajar Perempuan Mengakuan Kemaluan Dan Payudara Diraba Pengetua Sekolah Agama"

Back To Top