Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu, warga emas berkenaan pada awalnya meminta tolong anak angkatnya itu untuk mengurut kakinya yang sakit, namun berakhir dengan tragedi menakutkan dalam hidupnya.
Menurut sumber, warga emas berkenaan tidak berani melawan anak angkatnya itu kerana tidak berdaya, selain atas faktor usia sebaik anak angkatnya itu menanggalkan pakaiannya.
"Lebih malang lagi, warga emas itu terlalu mempercayai jiran lelakinya yang sudah dianggap seperti anak sendiri kerana sering berkunjung ke rumahnya untuk menziarahinya.
"Warga emas berkenaan kemudiannya nekad membuat laporan di Balai Polis Pedas susulan tidak mahu insiden berkenaan berulang kembali selain berasa trauma," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sumber berkata, hasil pemeriksaan ke lokasi kejadian iaitu di rumah warga emas itu telah menjumpai kesan air mani di atas sarung tilam serta sehelai baju T dan kain batik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan, dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, mangsa telah dirujuk kepada pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.
"Suspek yang tidak bekerja ditangkap pada jam 12 tengah hari pada hari sama dan kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya.
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Warga Emas Trauma Dicabul Anak Angkat, Tompokkan Air Mani Dijumpai Atas Tilam"