Dalam masa yang sama juga abang ingin mengambil kesempatan dalam memaki penjual agama ini untuk membuat ucapan sempena Hari Susu Sedunia ini dengan ucapan 'Tetek untuk dilindungi bukan untuk ditayangi kecuali bagi mereka yang kuat bermastrubasi'.
Sebelum Itu Tudung Fareeda Di Kritik Hebat Seorang pendakwah, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil membidas pemilik peniagaan tudung Fareeda yang disifatkan sebagai memfitnah agama.
Hasrizal melalui akaun media sosialnya turut berkata, tidak akan mengizinkan isteri dan anak perempuannya untuk memakai tudung dari jenama tersebut.
“Sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak izinkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawab saya memakai Tudung #Fareeda . Ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.
“Mustahil Allah dan Rasulullah SAW redha dengan strategi perniagaan sebegini. Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman FB Fareeda yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap ikhtilat ekstrim yang memalukan baru-baru ini. Mawar dan Fizo Omar, andai terbaca mesej ini, bertaubatlah kepada Allah dan perbaiki modus operandi perniagaan antum. Saya bukan sesiapa. Hanya hamba Allah yang berharap agama tidak dimanipulasi oleh bisnes dalam bentuk sebegini,” katanya memetik kenyataan di laman Instagram.
Menurut Hasrizal lagi fenomena ‘rusuhan’ yang berlaku ketika perlancaran tudung tersebut sebagai salah satu strategi pengiklanan yang disengajakan.
Beliau turut mendoakan agar peniagaan tersebut bankrap.“Jangan dipersalahkan pelanggan kalian yang mereka juga perlu bertanggungjawab atas perbuatan sendiri di hadapan Allah.
Sebaliknya kalian ada kuasa untuk mencegah perkara ini berlaku. Rusuh merusuh yang berlaku itu memang disengajakan dan iklan bermula 1 April diikuti dengan provokasi demi provokasi menunjukkan ia terjadi sebagai strategi perniagaan yang disengajakan. Di sinilah kemuncak salah etikanya.
“Jika nasihat Mufti dan pelbagai pihak tidak diendahkan, lebih baik Allah bangkrapkan sahaja bisnes kalian daripada masyarakat ini bangkrap akhlaq. IttaqullÄh!,” katanya lagi.
Sementara itu Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Mohd Noor menggesa pereka tudung untuk memahami konsep berhijab atau menutup aurat di dalam Islam dan mematuhi peraturan berpakaian menurut Islam.
Tegasnya, tidak sepatutnya pakaian Muslimah dijadikan sebagai trend atau bahan persaingan.
Terdahulu para netizen turut mempertikaikan teknik promosi pemilik tudung Fareeda, kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran.
Mereka turut menyifatkan situasi tersebut ironik memandangkan Fareeda menjual tudung yang menjadi unsur pematuhan agama namun para pelanggan berhimpit tanpa mengenal jantina untuk mendapatkannya. – SuaraTV
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Telekung Nampak "Payudara" Menjadi Trend Terbaru Untuk Melariskan Jualan"