Peruntukan zakat habis? Biar betul!-Semakin ramai perlukan bantuan zakat




Peruntukan zakat habis? Biar betul!
Kebelakangan ni, banyak bantuan zakat dihentikan kerana dikatakan ketiadaan budget. Ia menjejaskan bantuan zakat kepada ramai orang yang memerlukan. 

Hakikatnya bukanlah sebab kehabiasan budget. Meh aku beri sedikit pencerahan untuk maklumat sahabat semua.

1. Duit zakat ni bukan macam geran kerajaan. Pusat Zakat tidak dapat peruntukan setiap awal tahun (eg. RM500 juta) dan kena habiskan sebelum akhir tahun. Tapi ia bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat semasa.

2. Kutipan zakat pula bergantung kepada keadaan ekonomi dan situasi semasa. Ada masa ia meningkat dan ada masa menurun. Berapa jumlah dikutip, itulah jumlah yang boleh diagih.

3. Asnaf zakat pula semakin meningkat dengan kadar yang tinggi setiap tahun. Semakin ramai perlukan bantuan zakat. Orang-orang yang dapat bantuan zakat dialisis terus meningkat. Orang yang terima bantuan sedia ada masih sihat dsb.

4. Jadi ada masanya bila kutipan zakat tidak seperti diharapkan, bantuan sedia ada terpaksa dikurangkan. Tumpukan kepada asnaf yang lebih memerlukan keperluan asas berbanding bantuan lain.

5. Contohnya bantuan karpet & speaker masjid, bantuan van jenazah, sumbangan pelajaran IPT fisabilillah tidaklah lebih penting berbanding keperluan asas makan minum untuk asnaf fakir miskin. Kena pilih mana yang lebih utama untuk dibantu dengan kewangan terhad.

6. Bila ramai orang fitnah institusi zakat, ramai tak sedar ia sangat beri kesan kepada kutipan zakat semasa. Ramai juga tak sedar kesan berantai daripada penyebaran berita palsu tersebut.

7. Akhirnya tanpa sedar, adik-adik mereka sendiri dah tidak dapat lagi bantuan zakat IPT, ayah mereka tidak lagi dapat bantuan dialisis, zakat tidak dapat bantu bayar rumah sewanya, tidak dapat bantu bayar bil perubatan, bil air, elektrik dan seterusnya.

8. Sebab apa? Kerana institusi zakat memang tidak dapat beri bantuan zakat sekiranya tiada duit walau betapa susah dan miskin seseorang itu. Semudah itu sifirnya.

Kesimpulannya, semua yang kita lakukan pasti memberi kesan secara langsung ataupun tidak kepada orang lain. Sama ada kita sedar ataupun tidak, kadangkala kita sebenarnya dah sebabkan ramai asnaf fakir miskin bertambah susah hidupnya.

Mohon sebar kepada sahabat lain untuk ilmu.
‪#‎pencerahanisuzakat‬ ‪#‎semaksebelumsebar‬


 Acaii Jawe
Tag : politik


0 Komentar untuk "Peruntukan zakat habis? Biar betul!-Semakin ramai perlukan bantuan zakat"

Back To Top