Luahan Gadis India Dimaki Babi Ketika Makan Dalam Kereta Di Bulan Puasa

Inilah jadinya bila menegur tak kena tempat, main bedal jer nak maki orang lain sesuka hati! Selain menahan lapar dan dahaga, puasa jugak mengajar kita untuk bersabar dan sentiasa berfikiran positif.. Betul tak?? Biasa lah bulan puasa merupakan bulan yang mencabar bagi umat Islam..

Mana tidaknya, kadang-kadang tu nampak orang lain makan sedap-sedap depan mata hanya mampu menahan jer.. Hihii.. Tapi itu bukan alasan untuk kita menegur atau memaki mereka kerana makan depan kita..

Itulah yang terjadi pada seorang gadis berbangsa India bila dia dimaki oleh seorang lelaki kerana makan dalam kereta.. Mamat sengal tu dah kenapa, otak dia masuk air ke?? Melulu jer menegur!

https://3.bp.blogspot.com/-V8HrcPJmhAo/V2P37fjPBhI/AAAAAAAA87o/mqMPuDjzQ0Ql3OxGvg0mMccOWGgKRvdlQCLcB/s1600/hg.png

Korang baca lah luahan perasaan gadis tu di atas tu.. Mamat sengal tu memalukan bangsa jer lah! Al-kisahnya, gadis tu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan terpaksa lah bersarapan dalam kereta dengan berbekalkan satu milo dan biskut coklat chip..

Masa sedang makan tu, tiba-tiba muncul pulak dah mamat sengal tu datang ketuk cermin kereta gadis tu dan menjerit mengatakan ‘orang puasa lah b*bi!’.. 'Cantik' betul bahasa dia yer! Lepas tu dia mengatakan gadis tu tak faham bahasa bagai lah..

Miss rasa mamat tu yang pekak dan tak faham bahasa, takat air milo dan bickut coklat chip tu pun terliur.. Tindakan lelaki tu memang macam kebudak-budakan lah! Kalau dia marah orang lain makan depan dia, tak perlu lah nak maki hamun macam tu sekali.. Dah serupa tak ada adab jer! MissHana/Utaranews.com
Tag : semasa


Related Post:

0 Komentar untuk "Luahan Gadis India Dimaki Babi Ketika Makan Dalam Kereta Di Bulan Puasa"

Back To Top