Kan kita dah bayar yuran...jagalah budak demam pun. Ni nak budak yg sihat je. Sakit tak nak jaga.KELUHAN IBU BERKERJA




Ada ibu yg mengadu... katanya taska anak dia... tak mahu terima budak2 demam. Asal budak demam je...pihak taska akan call ibu... minta datang jemput anak dia... hntar ke klinik. Kalau macam ni..teruklah... macamana saya nak fokus kerja? Kan kita dah bayar yuran...jagalah budak demam pun. Ni nak budak yg sihat je. Sakit tak nak jaga..
Saya diam. Saya dengar. 

Ibu itu menyambung lagi... sepatutnya pihak taska sediakanlah ubat. Budak2 kan selalu demam. Takkan tak ada ubat demam di taska. Yuran mahal2... ubat pun kedekut nak beli. First aid ada...tapi ubat demam tak ada. Apa punya taska. Nak untung je lebih.
Saya diam. Saya senyum.

Ma sya Allah... ada lagi ibu yang tak faham rupanya....
Kpd Puan,
1. Cikgu taska adalah pengasuh...mereka bukan jururawat terlatih. Jd jangan biarkan budak sakit untuk dia jaga. 


2. Cikgu taska bukan jaga anak anda sorang... anak demam dan sakit perlukan perhatian dan jagaan yg lebih. Ibu lebih patut berada di sisi anak. Lagi pun....mmg anak demam dan sakit TIDAK BOLEH di hantar ke taska. Ini peraturan. 

3. Taska bukan farmasi. Kita tak bekalkan ubat. Nak suap ubat kpd anak pun kita kena ada kebenaran bertulis dr ibubapa. Risiko nya... kami tak berani tanggung... apatah lg nak suap ubat yg bukn di syorkn oleh doktor kpd a
nak itu. Ini adalah di larang. Errr.... dlm first aid mmg tak ada ubat demam.
4. Saya tanya...berapa yuran taska anak puan... dgn cepat si ibu menjawab... rm280. Dah lah buka 5 hari je seminggu. Nak hntar hr sabtu pun minta cas lain. Teruk!!!

Lalu saya bertanya lagi... berapa yuran yg puan rasa patut puan bayar untuk satu hari org jaga anak puan? Jaga dr pagi smpai ptg... mndikan ... Suap makan .. bancuh susu... basuh botol susu dia...basuh kencing berak dia... tukar lampin... pujuk di kala anak menangis... main bersama agar anak gembira.... asuh lg... ajar anak bercakap... mendengar cerita anak... beri dia kasih sayang di saat ibu tiada di sisi... buat aktiviti bersama... jaga dr bahaya... beri perhatian... berapa yuran nk bayar sehari atau sejam?


Dia terdiam. Mgkin sedang mencongak... saya senyum. Kiralah... congaklah... saya dah lama congak...saya dah lama kira... kalau setakat rm 280 tu... toksah dengkilah... tak kaya raya pun pengusaha taska tu. Kalau rm 280 tu besar sangat... jaga sendiri lah anak. Saya dah lama kira...saya dah lama congak. 


Dia masih diam.... mungkin belum habis kira. Saya senyum dan berlalu.... biarkan dia dengan kira2 dia yg belum habis... 

Anda nak tolong puan ni kira??? Silakan....
## ini bukan kes ditaska saya. saya kongsikan aduan ibu ini untuk kita fikirkan bersama.


#‪#‎oh‬ ye.... purata hari taska beroperasi kalau buka 5 hari seminggu adalah 22 hari sebulan.
Kalau hntar anak jam 7.30 pagi....jemput jam 5.30 ptg... maknanya 10 jam sehari.
Silalah kira
Rm 280÷ 22 hari ÷ 10 jam =
Mahal ke??
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Kan kita dah bayar yuran...jagalah budak demam pun. Ni nak budak yg sihat je. Sakit tak nak jaga.KELUHAN IBU BERKERJA"

Back To Top