Jijik!! Beli Air Kat Bazar Ramadhan Ada Bangkai Cicak

JIJIK dan meloyakan, itulah perkataan yang dapat digambarkan apabila terlihat sekeping gambar yang dimuat naik seorang pelanggan bazar Ramadan semalam.

Gambar tersebut menunjukkan sebungkus air minuman dengan bangkai seekor cicak yang sempurna bentuk fizikal terendam di dalamnya.

Pelanggan berkenaan mendakwa, dia bernasib baik kerana menyedari minuman yang dibeli telah dicemari dengan bangkai cicak sebelum meminumnya.

Jijik Bangkai Cicak Ditemui Dalam Air Minuman

Sehubungan itu, ramai pengguna laman sosial di ruangan komen saling mengingatkan supaya lebih berhati-hati mencari juadah untuk berbuka puasa selepas ini.

“Kepada sesiapa yang membeli air minuman untuk waktu berbuka dinasihatkan berhati-hati kerana jangan disangka air yang tenang tiada buaya,” tulis Dien Penjejak Kematangan.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memberikan komen berbaur sarkastik untuk meredakan suasana ‘panas’.

“Pas minum confirm jadi  cicak man,” usik Izal Shahidzal.

Lepat Suarez menambah, “Aiseyman, sekali cicakman tengan berenang kuak lentang berirama la min hahah”.

Insiden ini menjadi viral tidak lama selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi memantau kebersihan premis jualan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Dalam operasi berkenaan DBKL telah mengambil 770 sampel makanan dari 14 bazar Ramadan sekitar ibu kota bagi mengelak keracunan makanan akibat makan juadah yang dibeli di bazar Ramadan. – MYNEWSHUB.CC
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Jijik!! Beli Air Kat Bazar Ramadhan Ada Bangkai Cicak"

Back To Top