isteri nusyuz-gatal dengan jantan lain kerana suami hidap sakit buah pinggang




Assalammualaikum admin
Plss hide my profile



Saya nak luahkan masalah dan minx pandangan dari warga krt. Saya seorang ibu muda berusia 29 tahun. Mempunyai 2 orang anak berusia 8y dan 7y..sepasang. Mempunyai seorang suami berusia 39y..

sejak setahun lalu banyak masalah berlaku dalam rumahtangga kami. Dalam sebulan mesti akan ada pergaduhan. Suami saya sakit buah pinggang. 2 tahun yang lalu. Sekarang ulang alik cuci darah di hospital..saya akan hantar dan jemput setiap kali fia buat rawatan..saya kadang2 x larat untuk uruskan hal rumahtangga seorang diri. 

Dalam usia saya yang muda berasa payah sedikit untuk tanggung semua seorang..dari segi cari duit. Urusan anak2..urusan rumah..kira dari a to z saya buat seorang diri...kadang2 saya terpikir baik saya hidup seorang diri sebab saya boleh uruskan seorang diri. Saya hari2 kena pikir maner nak cari duit untuk tampung keluarga. 

Disebabkn masalah duit kami bermasam muka..nak2 setiap kali hujung bulan. Sebab saya kena pikir untuk cari duit...suami keje gov ye memang gaji die ada..tapi bila dah tolak2 tinggal berapa ratus sahaja..memang xcukup untuk tampung keluarga dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Saya rasa hidup x bahagia. Tertekan. Jiwa kosong. Stress. Merana. Semua ada..

saya kuat sebab adanya anak2...dalam masa yang sama saya ada berkenalan dengan seorg lelaki. Hampir 2 tahun kami kenal. Kadang2 kami akan berjumpa di luar bawa anak2..anak2 happy bila bersama dia. Dia banyak memberi kata2 semangat pada saya untuk uruskan suami dan anak2. Banyak bagi saya sokongn kekuatan. Dia tau keadaan saya macam mna. Anak2 pon mula sayangkan dia. Tumpang kasih sayang pada dia. 

Saya selesa bila dia ada. Klu saya ada masalah saya banyak luahkan pada dia. Dia bagi saya kate2 semangat. Die seorang lelaki yang baik. Masalahnya sekarang apa perlu saya buat. Suami saya sayang. Dia pon saya sayang. Minx pandagan ya.


kisah rumah tangga
Tag : perkahwinan


0 Komentar untuk "isteri nusyuz-gatal dengan jantan lain kerana suami hidap sakit buah pinggang"

Back To Top