Gara-Gara Kahwin Lari Dengan Kekasih, Gadis Ini Mati Dibakar Ibu kandung Hidup-hidup

Seorang gadis Pakistan dibakar hidup-hidup oleh ibunya sendiri setelah menentang keluarganya dan memilih untuk kahwin lari dengan teman lelakinya.

Zeenat Rafiq (18) meninggal setelah ibu dan kakaknya mengikatnya di sebuah pondok, menyiramnya dengan minyak tanah dan membakarnya hidup-hidup. kejadian kejam itu terjadi di rumah mereka di Lahore, timur Pakistan.

Ibu mangsa, Parveen Rafiq, ditangkap pada hari yang sama setelah mengaku telah membunuh anak gadisnya itu kerana anaknya itu tidak mahu bernikah mengikut tradisional yang telah di atur oleh keluarga.

http://goo.gl/MGqZNQ

Zeenat diangap telah melakukan kesalah besar kerana berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, Hasan Khan, seorang mekanik motorsikal.

Pihak polis Sheikh Hammad mengatakan, tiga hari sebelumnya, Parveen Rafiq ibu mangsa telah mengunjungi Zeenat untuk memujuknya agar pulang.

Mereka memintanya untuk mengadakan upacara perkahwin ulang agar dia tak dikatakan sebagai seseorang gadis yang telah kahwin lari.

Khan, suami mangsa, mengatakan kepada stasiun TV lokal Geo News bahawa Zeenat merasakan ketakutan teramat sangat. “Jangan biarkan aku pergi, mereka akan membunuhku,” kata Khan menirukan ucapan yang disampaikan isterinya padanya.

Menurut Khan, tiga hari setelah perniakahannya, orang tua isterinya datang menemuinya untuk membawa pulang anak gadisnya selama lapan hari. Alasannya, kata Khan,untuk menutup mulut jiran tetangga, agar anaknya tidak dituduh khawin lari.

Ternyata, Zeenat pergi untuk selama-lamanya kerana dibunuh keluarganya sendiri.

Hampir 1.000 wanita dibunuh setiap tahun dalam sebuah peristiwa yang disebut “pembunuhan demi kehormatan” di Pakistan kerana melanggar norma-norma konservatif pada cinta dan perkawinan.

Pekan lalu, seorang guru 19 tahun di desa Upper Dewal disiksa dan dibakar hidup-hidup kerana menolak untuk berkahwin anak bosnya, seorang lelaki yang usianya dua kali lebih tua. Maria Sadaqat akhirnya meninggal dua hari kemudian akibat luka-luka.(Daily Mail)
Tag : kejam


0 Komentar untuk " Gara-Gara Kahwin Lari Dengan Kekasih, Gadis Ini Mati Dibakar Ibu kandung Hidup-hidup"

Back To Top