Menurut laporan di negara tersebut, remaja bernama Shaima itu mengakui menjalin hubungan dengan pakcik kandungnya yang berusia 36 tahun, setelah diabaikan oleh keluarga sendiri.
Shaima turut mengakui mereka sering bertemu di rumah pakciknya yang terletak di Kaherah. Setelah dibawa ke hospital oleh pakciknya, doktor mengesahkan bahawa Shaima sedang mengandung 8 bulan.
“Pakcik Shaima mengakui menjalin hubungan dengannya namun menafikan dakwaan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi tersebut.
“Dia mendakwa Shaima sering melakukan hubungan badan dengan beberapa lelaki lain dan mungkin salah seorang darinya merupakan bapa kepada bayi tersebut,” ujar pihak polis.
Pakcik Shaima telah ditangkap oleh polis dan Shaima dimasukkan ke hospital bagi menjalani ujian untuk mengenal pasti identiti bapa bayi dalam kandungannya. – MYNEWSHUB.CC
Tag :
semasa
0 Komentar untuk "Gadis Berusia 14 Hamil Hasil Benih Bapa Saudara "