Cara Puaskan Suami Ketika Isteri Dalam Haid

Bagaimana cara melayan suami atau cara puaskan suami ketika haid. Memuaskan suami atau melayan suami tidak semestinya melakukan hubungan seksual atau jimak. Ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus bagaimana untuk isteri puaskan suami ketika haid.

Isteri merupakan ladang kepada seseorang suami, oleh yang demikian cara puaskan suami ketika haid boleh dalam pelbagai keadaan dan cara MELAINKAN melakukan jimak dan melakukan seks melalui lubang dubur. Suami dan isteri bebas melakukan apa jua hubungan untuk keseronokan melainkan cara-cara yang diharamkan Allah.

Ustaz Azhar menjelaskan cara puaskan suami ketika haid dengan tangan dan lain-lain anggota badan isteri adalah diharuskan.

Terpulanglah kepada pasangan suami dan isteri tersebut untuk memilih mana-mana jalan dan kaedah yang disukai.

Melayan suami ketika haid dengan mengelakkan dari melakukan dengan cara yang dilarang adalah dibolehkan.

Mereka berhak menentukan bagaimana kaedah melayan dan cara puaskan suami masing-masing.

Islam memahami keadaaan psikologi lelaki dan wanita. Gelora nafsu yang wujud dalam tubuh manusia haruslah disalurkan melalui cara yang betul iaitu dengan perkahwinan.Kadangkala nafsu ini tidak dapat dikawal walaupun pada masa dan ketika tersebut isteri sedang haid.

Maka masih diboleh untuk isteri melayan suami dengan cara puaskan suami ketika haid dengan kaedah dan cara yang dibenarkan.
Tag : agama


0 Komentar untuk "Cara Puaskan Suami Ketika Isteri Dalam Haid "

Back To Top