Bahayanya....semoga cepat sembuh ya sayang." ‎Bayi‬ lapan bulan cedera dicakar kera peliharaan




"Allahuakbar.....
Bahayanya....semoga cepat sembuh ya sayang..."

‪#‎Bayi‬ lapan bulan cedera dicakar kera peliharaan 


DUNGUN: Seorang bayi berusia lapan bulan cedera di pipi kirinya selepas dicakar kera peliharaan bapanya di rumahnya di Kampung Sungai Buaya, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bayi berkenaan, Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin, sedang didukung ibunya. 

Ketika berjalan ke bahagian belakang rumah, monyet peliharaan bapanya yang diikat pada sebatang tiang berhampiran rumah, tiba-tiba melompat sebelum mencakar pipi anaknya. 

Bapa mangsa, Syed Mohd Hishamudin Syed Mohd Yassin, 36, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah. 

"Saya bergegas keluar rumah sebaik terdengar anak menjerit kesakitan sebelum mengejarkannya ke Hospital Dungun. 

Berikutan kecederaannya yang serius, anak terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut," katanya.
Tag : sedih


0 Komentar untuk "Bahayanya....semoga cepat sembuh ya sayang." ‎Bayi‬ lapan bulan cedera dicakar kera peliharaan "

Back To Top