Barakallah bhai...
Bhai sebelum korang terus membaca...aku suka ingatkan bahawa... cara penulisan "Ali Russia Street Dakwah Writer" ni agak keras dan slambaland...ja
Aku tak berani nak komen apa apa, takut nanti ada pulak yang kata aku ni merendahkan golongan tertentu dan meninggikan golongan tertentu...cont
Cerita ini adalah cerita dari sahabat...(maks
CeritaAku pernah mendengar dari beberapa orang alim yang mengatakan bahawa "semasa datangnya Imam Mahdi maka barisan Saf Pertama bersamanya adalah kebanyakannya dari golongan bekas bekas pendosa yang jahil..."
Ali Russia
Sambungan cerita.....
Catatan sahabat...
Apakah sejarah akan berulang...?
Aku memerhati setelah beberapa lama. Aku perasan satu paten yang pelik. Bila difikirkan rasa menakutkan.
Kita lihat abang Long Fadil, muka bertatu. Mak nyah jutawan dan kawan kawan, Ahli musik, penyanyi, pelawak, pelakon. Itu yang terkenal dan yang kita tau sebab viral.
Sebenarnya golongan yang macam ni yang tak terkenal dah lama sorang demi sorang bertaubat dan ambil usaha agama...Pelik kan...?
Kebetulan atau ada something?
Yang menakutkan ialah, pada pandangan aku... Allah sudah mula tidak beri kerja kepada orang yang "mampu".
Allah sudah mula tidak pandang orang "berilmu".
Allah sudah mula tidak ambil orang "gagah". Yang Allah ambil untuk bawa agama Allah sekarang ialah orang orang gila, orang tak betul, orang orang jahil, orang pendosa, orang orang yang kita gelar ahli neraka, orang yang kita pandang pun tak mahu.
Kemudian aku juga perhatikan, orang tempang, orang bisu, orang pekak, org gemuk obes melampau, orang uzur tua bangka, org berpenyakit..
Semua ini Allah ambil dan guna mereka untuk agama Allah. Orang orang ini yang banyak keluar jalan Allah sekarang.
Kalau ke Markas Dakwah Malaysia Sri Petaling tu kita akan asyik selisih dengan orang orang macam ni. Kalau duduk dengar bayan jemaah yang keluar 40 hari, yang duduk bagi bayan tu si gagap yang satu hadis pun tak lengkap dibacanya..
Tuan tuan..
Allah sekarang pilih mereka untuk agama serta buat usaha agama dan bukan pilih kita. Tuan tuan tak sedar ke...?
Aku baru je sedar... Allah sedang memuliakan sekumpulan orang dan menghina sekumpulan yang lain... Awas...!!!
Sebagaimana Allah pilih Arab jahiliah yang dalam kategori manusia paling teruk perangai atas muka bumi ini sehinggakan Rom dan Parsi mengelak dari menakluk tanah Arab supaya penyakit jahiliah tu tak merebak ditanah mereka.
Tapi bila Allah beri merrka agama dan hidayah, mereka jadi sebaik baik manusia atas muka bumi ini. Subhanallah...
Jadi apa sebab kita pulak kena risau?
Sebabnya tuan tuan... Kita bukan mereka. Kita tak pekak, tak bisu, tak gila, tak gagap, bukan maknyah, bukan taiko gengster, bukan pendosa, bukan penzina, kita ilmu mantap, bijak berbicara, ada kemampuan akal, ada harta, ada tenaga.... Tapi Allah tak pilih kita...!!!
Naudzubillahimi
Allahu..
Pilih lah golongan dimana tuan tuan mahu berada.. Dikalangan yang diterima untuk bawa agama Allah atau sebaliknya.
Tuan tuan pilih dan Saya pilih.
Kita semua pilih.
Sebelum saat kita tidak lagi boleh memilih sampai.
Allahualam.
Huhu....agak agak korang yang tulis artikel ni saper...?
Maulana....Osta
Lu pikir la sendiri....!!!
Psst : Buat la apa pun untuk bantu agama Allah...asalkan
Tag :
agama
3 Komentar untuk "Artikel Kenapa Allah pilih ramai si Jahil buat Kerja Dakwah Tetapi Yang Pandai Agama Tak Buat Kerja Dakwah Yang Menyebabkan Ramai Orang Sentap"
Ambo raso tak berapo keno kalu nok kato ore lain tak dakwah. Ruang lingkup dakwah ni luas....masing2 buat kerja masing2.
Ustaz hok ceramah kat tv. Masjid. Surau pun dakwah....cara dia lah
yang mengajar anak2 ngaji quran pun dakwah....
cara dia lah
yang keluar 40 hari pun dakwah....
cara dia lah
Teringat Doa Rasullulah diawal penyebaran agama Oslam yg menyebut nama 2 nama yg sama iaitu Umar..Allah pilih Umar Al Khattab sbg sahabat Rasullulah itk menyebarkan Islam..semua pasti kenal tokoh yg terkenal dgn keberanian pd zaman jahiliyah dan Islam..justeru itu x heranlah kalau gol. yg digelar sbg gangster menerima hidayah Allah berkat doa drp mereka yg menyayanginya..sdgkan yg x terlibat dgn keganasan pun x @krg kisah ttg Aga Islam..mungkin salah satu tanda ingatan Allah kpd kita semua..berbaik sangkalah..
Teringat Doa Rasullulah diawal penyebaran agama Oslam yg menyebut nama 2 nama yg sama iaitu Umar..Allah pilih Umar Al Khattab sbg sahabat Rasullulah itk menyebarkan Islam..semua pasti kenal tokoh yg terkenal dgn keberanian pd zaman jahiliyah dan Islam..justeru itu x heranlah kalau gol. yg digelar sbg gangster menerima hidayah Allah berkat doa drp mereka yg menyayanginya..sdgkan yg x terlibat dgn keganasan pun x @krg kisah ttg Aga Islam..mungkin salah satu tanda ingatan Allah kpd kita semua..berbaik sangkalah..