AL-FATIHAH.. Sayu Membaca Luahan Nurul Zahid Hamidi Di Hari Kedua Pemergian Arwah Suaminya Tercinta

Tersentuh hati ini apabila Nurulhidayah anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang isteri yang masih terkejut dengan pemergian suaminya Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44 meluahkan rasa hatinya dalam instagramnya @nurulzahid.

Masuk hari kedua kehilangan secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka ini pastinya cukup memberi kesan dari segi emosi kepada Nurul yang juga merupakan ikon belia negara.

Segagah mana pun seorang isteri, pastinya rasa sedih dan pilu apabila suami tercinta pergi menghadap Illahi tetap ada. Begitulah juga dengan Nurul yang telah meluahkan isi hatinya yang sedih menanggung perasaan ini dalam instagramnya.

Beliau telah menukilkan lirik lagu Izinkan Ku Pergi nyanyian Khaer buat arwah suaminya dan meletakkan kapsyen yang membuatkan pembaca mengerti isi hatinya kini.

Bertabahlah Nurul, banyakkan berdoa agar roh arwah suami dicucuri rahmah dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…

Day 2......suddenly you gone. Thank u Allah for this colorful man. No one can ever take or bear my nonsense except him. Syed Alman Zain, I miss you Baby.
Al Fatihah ❤️

.....bercerai kasih bertalak tidak. Seribu tahun bertemu juga.Al Fatihah ❤️
Tag : sedih


0 Komentar untuk "AL-FATIHAH.. Sayu Membaca Luahan Nurul Zahid Hamidi Di Hari Kedua Pemergian Arwah Suaminya Tercinta "

Back To Top