padah pinjaman dari along,17 lipat ganda kena lunaskan hutang klu tak DITANAM



Tindakan sebuah syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) mengenakan kadar faedah tidak masuk akal melebihi kadar faedah maksimum yang dibenarkan terhadap seorang peminjam mengundang padah apabila institusi tersebut ‘diserang’ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Wartawan Jalanan mendedahkan rakaman perbualan antara Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf mempersoalkan tindakan melampau syarikat tersebut yang diwakili oleh seorang lelaki bernama Martin.

Berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa dikatakan terpaksa membayar balik pinjaman hampir 17 kali ganda daripada jumlah pinjaman yang dipohon iaitu sebanyak RM1,500, selain mangsa turut diugut akan ‘ditanam’ sekiranya tidak melunaskan pinjaman tersebut.

Berang dengan ugutan dan kadar faedah melampau yang diterima mangsa, Muhammad Yusuf mempersoalkan prosedur pengurusan PPWB itu yang seolah seperti ceti haram.

Difahamkan, peminjam dikatakan telah membayar sebanyak RM14,500 daripada jumlah pinjaman tersebut, namun syarikat tersebut mengarahkan mangsa membayar lagi sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh 36 bulan, yang secara tidak langsung menjadikan jumlah pinjaman yng terpaksa ditanggung oleh mangsa adalah sebanyak RM25,300.

“Lepas tu you suruh lagi dia bayar sama you sebulan RM300 selama 36 bulan, jumlah RM10,800 campur RM14,500, (jumlah keseluruhan) RM25,300. Pinjam RM1,500, dapat kat tangan RM1,050, you rasa fair(adil) ini benda ?,” soal Muhammad Yusuf dalam video tersebut.

Muhammad Yusuf turut membidas tindakan syarikat tersebut yang mengenakan kadar faedah melebihi kadar maksimum 18 peratus yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk PPWB.

“Bank Negara benarkan kadar faedah (PPWB) di bawah KPKT (kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) adalah (maksimum) 18 peratus.

“1.5 peratus (sebulan) sahaja syarikat dibenarkan mengambil kadar faedah,” katanya lagi kepada lelaki tersebut.

Syarikat tersebut juga dipercayai turut menipu mangsa apabila mendakwa perjanjian berhubung perkara tersebut telah dibuat, namun tidak diserahkan kepada peminjam kerana ia hanya untuk simpanan syarikat.

Sehingga kini video tersebut dikongsi lebih 8,000 pengguna Facebook.

Berdasarkan semakan Malaysian Digest di laman sesawang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kadar faedah maksimum yang boleh di

kenakan adalah tidak melebihi 12 peratus setahun untuk pinjaman bercagar dan 18 peratus setahun bagi pinjaman tidak bercagar sedangkan ah long biasanya akan mengenakan kadar faedah yang melebihi daripada itu.

Pemberi Pinjam Wang (PPW) adalah tertakluk di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).


Tag : semasa


2 Komentar untuk "padah pinjaman dari along,17 lipat ganda kena lunaskan hutang klu tak DITANAM"

Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk membetulkan perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Cari tidak lebih lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu !! Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti swasta dan individu dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (ivanaluka04@gmail.com)

Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk membetulkan perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Cari tidak lebih lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu !! Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti swasta dan individu dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (ivanaluka04@gmail.com)

Back To Top