Cuba anda bayangkan bila kita sendiri,atau ahli keluarga terutamanya orang yang kita sayang berdepan dengan keadaan ini,sedikit banyak tentu akan mengundang rasa sedih.
Itulah yang di alami oleh seorang individu yang berdepan dengan hukuman gantung yang telah menulis surat surat kepada isterinya tersayang. berikut luahan yang di maksutkan.
“TAHLILKAN UNTUK ABANG”
(buat isteriku yang tersayang)
Duhai isteriku yang tercinta
Tangguhkan sebentar airmatamu
Dikala abang menitip warkah ini
Tiada lagi bicara yang muncul selepas ini
Andai bayang yang selama ini menemani
Turut menjauhkan diri tanda benci
Abang tak punyai waktu lagi
Maut bakal menjemput tanpa berbasa basi
Duhai isteriku penyejuk hati
Pertama dan terakhir kali
Abang ingin sujud di kakimu
Ampunkan suamimu yang mungkir
Yang dangkal fikir dan hati jahil
Bertuhankan syaitan dan nafsu bakhil
Hanyut dalam syurga dunia yang tidak kenal pangkal akhir
Duhai isteriku bidadari syurga
Ampunkan abang kerana derhaka
Menikahimu wanita yang mulia
Betapa tabah mengharungi dunia
Menjaga maruah suamimu yang bertopengkan raja
Ampuh menjulang dosa menuju neraka
Biarkan lahar yang marak menjilat nista
Di kamar besi ini
Separuh nyawaku telah rapuh diratah karma
Duhai isteriku umairah jiwa
Usah tangisi pemergian abang
Izinkan abang membayar segala mahar dunia yang abang puja
Pintaku hanyalah
Khabarkan kejujuran kepada zuriat kita
Agar tidak mereka sanjungi lelaki yang mencari hina
Cukuplah sementara abang menumpang kasih sayang kita
Abang izinkan dirimu mencari yang lebih mulia
Usah dibiar batinmu terseksa
Cukuplah selama ini kau menelan tuba
Penawar yang kau ingin nikmati
Tiada pada abang lelaki yang kau cintai
Duhai isteriku kekasih hati
Teruskanlah kembara hidup ini
Demi zuriat suci yang bakal melakar bakti
Didiklah dengan ilmu duniawi dan ukhrawi
Agar bijak membilas dosa dan pahala nanti
Abang redhakan dan halalkan semua yang kau beri
Selama bergelar isteri di sisi
Sebesar hama kau tidak pernah melanggar janji
Cukuplah sampai di sini
Izinkan abang mengadap Illahi
Sesudah subuh esok hari
Abang tidak mampu melihat mentari lagi
Pintaku yang terkahir
Andai masih ada ingatan di ruang hatimu
“TAHLILKAN BUAT ABANG”
Sebagai kalungan doa buat peneman abang di alam sana.
~AL FATIHAH buat insan yang telah pergi menjalani hukuman gantung. Maafkan diriku mencuri ruang waktu menelusuri tabir jiwamu yang bergalau sendu. Aku tahu, di saat terakhir karma ini, kau menyerahkan segala jiwa raga buat YA RABB kerana nisanmu telah bertanda dan maqammu telah tersedia. Mudahan segala taubatmu di akhir waktu ini di angkat oleh para Malaikat dan YA RABB. dikongsi oleh Ainnurmustaqim
150316
1200 tengeh malam
sumber : http://eberita.org/
Tag :
kisah
0 Komentar untuk "Tahlikan Untuk Abang” Surat Terakhir Banduan Hukuman Mati Pada Isteri"