gambar hiasan
Masa saya di airport nampak seorang wanita bawa 5 orang anaknya. Semua masih kecil-kecil lagi. Saya sebak melihat begitulah keadaan wanita. Dia boleh urus anak 5 orang seorang diri. Dia bawa satu beg dalam tu ada tiket dan semua dokumen penting anak-anak. Dengan anak menangis, bergaduh, menjerit dan yang nak susu. Tolak dan bawa barang banyak-banyak. Ya Allah..
Saya dalam hati berdoa ya Allah sayangilah isteriku di rumah. Sayangilah ibuku. Terasa sebak bila tengok tugas wanita. Siang malam uruskan semua seorang diri. Ke mana-mana uruskan anak dan diri seorang diri. Itulah hidup mereka sampai bila-bila...ya Allah.
Dia tegur saya minta saya bergambar dengan anak-anaknya di airport..dia minta saya jaga anak-anak sekejap dia nak ke bilik air. Biasanya seorang wanita masuk bilik air kena bawa anak-anak kecil semuanya. Ya Allah...kasihankan..
Kemudian dia menangis bercerita. Kenapa lelaki ini susah nak faham kami. Saya jaga anak ini seorang diri. Suami macam tiada perasaan. Dia sentiasa marah saya di rumah. Kuat mengamuk. Tidak langsung bantu kerja rumah.
Bila dia balik saya buatkan air. Dia tak pernah pandang muka saya. Bila saya tanya dia jawab macam tak nak jawab. Saya bercerita dia tak pernah dengar. Saya mengadu sakit lengan dan pinggang kerana urus anak-anak. Dia kata biasalah tu. Rehatlah. Pergilah klinik.
Saya baru nak berehat minta tolong dia jaga anak-anak. Dia marah saya. Katanya saya pun penat.awak bukan kerja jagalah anak-anak ini..
Setiap kali ajak pergi klinik dia kata dia sibuk..saya dari anak pertama sampai sudah terpaksa sendiri ke klinik check up. Kalau dia datang pun duduk jauh-jauh. Tunggu dalam kereta..
Tak tanya apa-apa pun. Tak pernah nak bermain-main dengan anak-anak. Saya sambil masak, sambil lari urus dan main-main dengan anak-anak. Saya buang sampah, kemas baju kotor, rumah bersepah, nasihat dan ajar anak-anak. Saya silap sikit dia maki saya.
Ini saya balik kampung dia sibuk kerja. Langsung tak hantar ke airport. Saya pergi dan urus sendiri semuanya..memang semua lelaki begitu ke ustaz?kenapa jadi begini..
Bila saya sebut pasal duit mesti dia ungkit semuanya penat kerja. Duit tak cukup. Saya guna duit tu pun untuk barang dapur dan kelengakapan rumah.
Syukur saya dengar ceramah ustaz dan baca buku Tangisan Umat. Ia seperti ubat kesedihan hati saya. Menangis dan air mata sambil baca buku ustaz. Betul ustaz lega bila ada orang nak mendengar. Kita bukan nak marah suami. Kita cuma nak luah. Tapi bila luah jadi bergaduh..saya sayang dan cinta suami saya. Dia pun sayang saya. Saya nak mahligai syurga bersama suami
Saya sebak kerana wanita memang hebat. Istimewa di sisi Allah. Orang kuat khidmat dengan ikhlas sentiasa dapat dekat dengan Allah disayangi Allah. Hati mereka lembut. Hati mereka suci berkat suka memberi khidmat.
Oleh itu hargailah isteri. Berilah masa mendengar, melihat mereka, hargai mereka. Mereka sanggup buat apa sahaja buat suami dan agama bila mereka dicintai dan dihargai. Mereka lembut dan hati mereka lembut. Berilah pujian, penghargaan, tengok mereka. Beri hadiah. Bantu kerja rumah. Beri nafkah. Dengar mereka. Dengari mereka fahami mereka.. mereka sudah tiada siapa lagi. Tiada apa-apa lagi. Hanya untuk suami dan anak-anak dan smeuanya hanya kerana Allah...
Saya tak tahu kenapa kita tergamak menyakiti hati orang kita sayang. Masa saya nak keluar rumah tadi saya menangis. Saya rindu isteri saya. Kalau makan sedap saya mesti tak selera makan kerana nak bawa ibubapa dan isteri saya makan dulu. Saya selalu menangis rindu pada keluarga..
Bila dapat bersama, bermanja, melihat isteri berehat dan senyum itulah nikmat dalam hidup saya...Saya teramat sayang isteri saya. Tapi saya juga banyak kelemahan dan sentiasa berdoa ingin menjadi yang terbaik buat isteri saya. Saya memang terlalu hormat pada ibu dan isteri saya. Sebab saya lihat ibu dan isteri saya siang malam berkorban buat saya.
Senyuman mereka bahagia buat saya. Saya takkan berhenti dan boleh duduk diam jika mereka bersedih. Biarlah air mata kegembiraan asbab diriku ini. Ramai lelaki yang baik seperti ini di mana-mana saya jumpa. Begitulah betapa korbannya wanita diluar sana. Sayangi dan hargai mereka.Janganlah sia-siakan mereka.masa akan tiba tak lama pasti kita akan menyesal..itulah hari penyesalan...i love u bidadariku sayang Airis HayFarayqal.
~ petikan dari nukilan ebit lew
Tag :
kisah
0 Komentar untuk "Kisah Ketabahan Wanita Ini Mendapat Suami Tidak Berhati Perut Membuatkan Anda Menangis"