Gadis Untuk Dijual Gerenti Belum Ditebuk

Susulan Kes Pengantin bergaduh Wang hantaran Tak cukup RM 15,000 berikut info yang diketahui Umum 

Video berita terkini kes keluarga pengantin bergaduh dan bertumbuk duit hantaran kurang RM15,000. Insiden berlaku di majlis akad nikah bertempat di Masjid Jamek Al-Khadijjah Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada jam 3.15 petang Sabtu 26 Mac 2016.

Kejadian bermula apabila keluarga pengantin perempuan mengamuk selepas duit hantaran masih berhutang RM5,000 kerana pihak lelaki menjanjikan bayaran sepenuhnya sebelum majlis akad nikah.

Pada awalnya, pengantin lelaki telah melunaskan RM10,000 wang pendahuluan hantaran dan berjanji akan membayar baki RM5,000 secara ansuran sebelum majlis akad nikah.

Gagal membayar baki tersebut, pihak lelaki cuba mendapat persetujuan untuk membayar selepas akad nikah. Namun, keluarga perempuan menolak dan meminta pengantin lelaki melunaskan baki RM5,000 sebelum akad nikah berlangsung. Akhirnya, pihak keluarga lelaki meninggalkan majlis akad nikah tersebut membuat salah seorang daripada keluarga perempuan menumbuk pengantin lelaki. Pergaduhan tercetus melibatkan kedua belah keluarga hingga rakaman video viral dilaman sosial.

bergaduh

Sila Baca Biodata & Gambar Pengantin Bergaduh Isu Hantaran RM15K

Fakta Kes Pengantin Bergaduh Duit Hantaran Kurang RM15,000

Kejadian berlaku pada jam 3.15 petang Sabtu 26 Mac 2016 bertempat di Masjid Jamek Al Khadijjah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Pengantin lelaki berusia 27 tahun dan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1500 sebulan. Manakala pengantin perempuan berusia 21 tahun. Pasangan ini telah bercinta sejak 3 tahun

Keluarga pengantin lelaki telah merisik pengantin perempuan dengan harga RM7,500 namun pihak perempuan hanya menerima hantaran RM15,000.

Pengantin lelaki bagaimanapun terpaksa akur dan bersetuju dengan hantaran RM15,000 namun hanya boleh membayar secara ansuran.

Ansuran pertama RM10,000 telah dibayar sebelum majlis akad nikah

RM5,000 masih lagi berbaki dan akan dibayar secara ansuran sebelum akad nikah.

Gagal membayar baki duit hantaran, pergaduhan tercetus antara kedua belah keluarga selepas pihak keluarga lelaki cuba untuk meninggalkan majlis akad nikah.

Gara-gara insiden kurang duit hantaran berjumlah RM15,000, pasangan pengantin gagal disatukan

Pengantin lelaki juga telah membuat laporan polis pada jam 5.34 petang pada hari kejadian untuk menuntut semula wang hantaran. Selain itu membuat laporan mengenai rombongannya dipukul oleh pihak keluarga pengantin perempuan.

Penjelasan Pihak Perempuan Isu Bergaduh Kerana Duit Hantaran


Punca pergaduhan dikatakan bukan disebabkan wang hantaran tidak cukup tetapi isu perjanjian yang gagal ditunaikan, selain pihak lelaki didakwa bercakap secara kurang sopan apabila ditanya mengenai baki wang hantaran tersebut.

penjelasan


Penjelasan Pihak Lelaki Isu Bergaduh Kerana Duit Hantaran

Ketika melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah Kg. Pantai Dalam, KL semasa akad nikah tersebut pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum di beri. Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut. Selepas itu, mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah tersebut dan wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.00. Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia telah menumbuk muka saya. -kata Nor Izzat Norazman, 27 tahun, pengantin Lelaki.

pengantin-lelaki

Penjelasan Pengantin Perempuan Isu Hantaran RM15K

Menurut pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nurul Hasnani, 21 tahun, dia akur dengan insiden yang berlaku dan terpaksa membatalkan perkahwinan tersebut.

pengantin perempuan
Sumber: http://www.melvister.com

susulan kejadian itu netizen telah memuat naik foto pengantin perempuan dilaman mudah.my dengan status Gadis untuk dijual

Tag : semasa


0 Komentar untuk "Gadis Untuk Dijual Gerenti Belum Ditebuk "

Back To Top