Naudzubillah!! Inilah Zaman Yang Paling Di Takuti Rasulullah, Zaman yang Akan Menimpa Umatnya!!

ZAMAN YANG PALING RASULULLAH SAW TAKUTI. [Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Petanda Kiamat]

~ Orang Yang Tak sedarkan diri ~
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim)

~ Ahli Ibadat Yang JAHIL Dan Ulama Yang FASIK ~

Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik" (HR Ibnu Ady)


[Orang jahil yang rajin beribadah dan ada pula orang alim yang fasik]

Menjual Agama Kerana Dunia

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala.

Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanku? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung "(HR Tirmizi)

Semoga bermanfaat dan menjadi peringatan untuk kita semua 


sumber: .reportaseterkini.net
Tag : agama


0 Komentar untuk "Naudzubillah!! Inilah Zaman Yang Paling Di Takuti Rasulullah, Zaman yang Akan Menimpa Umatnya!! "

Back To Top