4 Gambar Mengerikan Kerana Cuaca Panas Powerbank Meletup Dalam Kereta DI Pulau Pinang

SEORANG lelaki warga emas terkejut apabila ‘powerbank’ yang ditinggalkan dalam keretanya meletup hingga mengakibatkan bahagian dalam kenderaannya terbakar.

Bagaimanapun Tan Heng Swee, 72, bersyukur apabila dia dan isteri, Alice Tan, 67, terselamat daripada sebarang kecederaan kerana tidak berada dalam kereta jenis Proton itu, ketika kejadian berlaku.

1917057_641508455991621_5204105196626679779_n

powerbank

10373819_641508479324952_3016015580274202451_n
Heng Swee dan isteri, sedang makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan bangunan Old Frees Association di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Pulau Pinang apabila pekerja di tempat letak kereta bergegas mendapatkan mereka.

“Pekerja tempat letak kereta memberitahu terdapat asap berkepul dari kereta saya. Saya terus mencapai pemadam dan ke sana memadamkan api. Saya dapati kebakaran berpunca daripada powerbank.

“Cuaca panas telah menyebabkan berlakunya letupan kecil. Nasib baik, tiada siapa yang cedera. Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan mana-mana alat elektrik atau powerbank dalam kenderaan mereka,” katanya.

Sebelum ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah mendedahkan terdapat beberapa jenis powerbank dibuat menggunakan bateri murah dan boleh meletup dengan mudah dan menyebabkan kebakaran. – 

MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online
Tag : semasa


0 Komentar untuk "4 Gambar Mengerikan Kerana Cuaca Panas Powerbank Meletup Dalam Kereta DI Pulau Pinang"

Back To Top