Jawapan Cinta:
Haid sering diistilahkan dengan “halangan”. Maksudnya adalah orang yang mendapat haid berhalangan untuk melakukan solat dan beberapa ibadah lain. Hak-hak seorang suami jika dilaksanakan oleh sang isteri dengan penuh keredhaan maka akan mendapat pahala. Misalnya salah satu hak suami terhadap isteri adalah melayaninya ditempat tidur (jima’).
Namun, dalam satu keadaan isteri diharamkan memenuhi hak suami tersebut iaitu ketika dirinya berhadas besar, samaada haid atau nifas. Walaubagaimanapun, cara menambat hati suami ni ada banyak caranya.
Sebagai contoh, menambat hati suami adalah dengan menjaga kemaluan si suami. Pastikan kemaluan suami cukup ‘makan’ dengan ‘makanannya’ yang halal itu. Janann menolak ajakan suami untuk berjimak kerana dalam Islam hukumnya HARAM dan isteri mendapat laknat dari Allah.
Ada juga di riwayatkan dalam hadis (tidak pasti hadis sahih atau tidak) bahawa isteri perlu melayan suami walaupun si isteri sedang menunggang unta. Boleh lihat sendiri betapa pentingnya menjaga kemahuan suami.
Dari sinilah isteri boleh menambat hati suami. Mungkin agak keterlaluan bunyinya, tapi macam-macam boleh berlaku. Nak jaga mulut suami mudah, kalau tak pandai masak boleh sahaja pergi ke restoran dan beli makanan untuk suami. Tapi kalau makanan kemaluan suami tak cukup atau tak dapat nak bagi, di mana suami nak cari lagi?
Dah tentu pergi ke wanita lain. Zaman sekarang ramai suami pergi kerja bagaikan kucing kelaparan. Kalau masalah ni berlaku, semua kerja jadi tak betul dan berserabut, ada sahaja yang tidak kena.
Ada suami yang mengadu si isteri hanya melayan suami sekali sahaja dalam tempoh dua hingga tiga bulan walaupun pasangan baru sahaja berkahwin malah tinggal bersama dan sekatil. Amat penting faktor di atas cara menambat hati suami dengan berkesan. Jangan terlepas pandang faktor tersebut dalam menambat hati suami ni.
Berilah makan kepada kemaluan suami dalam masa haid atau pantang ni dengan caranya, bukan bagi ‘makanan’ yang betul tu, hukumnya HARAM nanti. Islam telah mengharamkan berjimak semasa haid danawaktu nifas, tetapi Islam tidak melarang isterinya untuk memuaskan kemaluan suaminya.
Antara caranya ialah membeli satu jenis seluar pendek ketat untuk di pakai dengan pad haid untuk memuaskan nafsu suaminya. Caranya lakukan apa-apa sahaja selain daripada memasuki ke dalam faraj atau dubur seperti ini adalah dilarang dan haram (waktu haid/liwat memang haram). Berbuat apa-apa selagi dapat keluarkan air mani suami, dan itu adalah penting. Apabila dah keluar, suami akan tenang. Darah tak naik kepala.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!
Tag :
perkahwinan
0 Komentar untuk "Video : Cara Melayani dan Memuaskan Suami Di Ranjang Ketika Datang Bulan Yang Patut Para Isteri Lakukan"