Syarikat Hadiahkan Patung Seks Kepada Lelaki Cemerlang Sebagai Penganti Bayaran Bonus

 SEORANG pekerja Lianlian menutup mukanya kerana malu selepas dihadiahkan patung seks oleh majikannya.
SEORANG pekerja Lianlian menutup mukanya kerana malu selepas dihadiahkan patung seks oleh majikannya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110938#sthash.nXuParIR.dpuf
SEORANG pekerja Lianlian menutup mukanya kerana malu selepas dihadiahkan patung seks oleh majikannya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110938#sthash.nXuParIR.dpuf

Beijing: Sebuah syarikat Internet di China menghadiahkan patung seks kepada pekerja lelaki cemerlang sebagai ganti kepada bayaran bonus.

Syarikat Lianlian yang berpangkalan di Guangzhou itu memberi hadiah berkenaan kerana kelembapan ekonomi menyebabkan kekurangan dana untuk memberi bonus dalam bentuk wang tunai.

Lianlian sebuah syarikat yang membangunkan aplikasi mencari pasangan di komputer dan telefon pintar.

Ketua Eksekutif Lianlian, Wang Yuzhu berkata, hadiah istimewa itu diberi kepada pekerja lelaki cemerlang dan masih bujang.

“Mereka juga diminta menunjukkan cara beraksi dengan patung berkenaan,” katanya.

Menurutnya, selain patung seks, pekerja cemerlang juga dihadiahkan tiket kereta api, bahan makanan serta kupon berhibur di pusat karaoke.

Kelembapan ekonomi menyebabkan banyak syarikat di China tidak memperoleh keuntungan yang diharapkan dan memberi bonus tahunan kepada pekerjanya.

Bagaimanapun, beberapa syarikat menggantikan bonus itu dengan pelbagai hadiah sebagai tanda menghargai pekerja yang cemerlang. - Agensi
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Syarikat Hadiahkan Patung Seks Kepada Lelaki Cemerlang Sebagai Penganti Bayaran Bonus"

Back To Top