Isu TTPA Apa Yang Berlaku Di Mexico Ini Bakal Buat Ramai Peniaga Muflis Dan Gulung Tikar!!

Kemelut TPPA.. Kisah Terjadi Di MEXICO Ini Bakal Buat Ramai Peniaga Petani Malaysia GERUN !!! | Semasa Mexico nak laksanakan Free Trade ( NAFTA ) dengan Amerika, petani petani diberi keyakinan bahawa “Potato kita akan masuk ke Pasaran Amerika, Hidup kita akan berubah. Nasib Petani kita akan berubah!”

Lepas tu rupanya Amerika eksport semua sayur dia, potato dia, soya dia, gandum dia ke Mexico. Sampai lumpuh pertanian Mexico. Berjuta petani hilang pekerjaan. Ramai berhijrah secara haram ke negara lain. Bila tak ada kerja- Mereka tiada pilihan dan menjual dadah.Mereka pun merempat di negeri sendiri.
Jagung pun tiada harga. Inilah fakta negara yang pernah join Free Trade dengan Amerika. Rakyat dia letih dah berdemo. Dok deggih orang terengganu kate. via FB HAYAT MUHAMMAD.

2
_________________________________
Kisah Lain Pula
Seorang professor & pakar ekonomi memberikan perumpamaan mudah. Kita dan jiran kita bersetuju untuk share parking space di rumah masing2. Ini bermakna kita boleh parking kereta kita juga di rumahnya, dan juga dia juga boleh parking kereta dia di rumah kita.. perjanjian bijak kan?

Tetapi, kita hanya ada 1 kereta, dan jiran kita ada banyak kereta. Maka, apa yg berlaku adalah semua kereta dia parking di rumahnya dan rumah kita akhirnya. dan kita tak boleh marahkan atau keluarkan kereta dia, nanti dia boleh saman kita pulak. Lama2, kereta kita pun tak boleh parking sebab semua kereta jiran kita tu ada di kedua2 rumah.ok faham?

kita adalah Malaysia, negara membangun yg kecil, manakala jiran tu adalah negara2 maju yg besar eksport nya.

PENGALAMAN SAYA BERNIAGA DI LUAR NEGARA

Amat payah produk dari Malaysia nak masuk negara2 maju ni terutama di Europe. Dari cabaran nak comply dengan pelbagai standard & regulations, serta branding dan volume (economic of scale). Kalau dah dapat masuk pun (setelah pelbagai cabaran dan comply regulations), nak bertanding head to head mmg susah, sbb volume depa amat besar dan depa boleh jual bende quality pada harga lebih rendah sebab volume amat tinggi dan kos per unit lebih rendah secara umum.. dan kekadang depa harga rendah giler nak grab market supaya kita exit.
.
Dan sebenarnya Asia lah market best untuk expand market sebab sedang grow dengan bail manakala di Eropah dan negara maju, perkembangan/growth sana dah tepu dan negatif.. memang depa nak sangat expand di sini..

So, sapa rugi? fikir2 la sendiri. wallahu’alam. via FB ZIKRI FUAD.

3
_____________________________

Satu Lagi Kisah Pedoman Yang Bakal Terjadi Jika TPPA Ditandangani.
Pak Menteri: “Pakcik tahu kan, perjanjian ini membolehkan pakcik boleh jual barang pakcik ke Amerika… bayangkan berapa banyak untung pakcik boleh dapat…
Pakcik: “Boleh jual terus macam tu sahaja ke?”
Pak Menteri: “Ya, cukai semua hapus. Boleh masuk begitu sahaja. Pakcik cuma kena eksport dan buka kedai di sana”
Pakcik: “Berapa sewa kedai di sana? Kos eksport harga lagu mana pula? Ambil contoh dekat dulu Singapura”
Pak Menteri: “Mungkin SGD20,000 sebulan kot.. tak pasti…”
Pakcik: “RM60,000 sebulan. Macam mana nak tahan? Mana nak cari duit itu? Tunggulah ada duit dulu baru fikir.”
Sewaktu pakcik tengah pikir jalan nak eksport ke Singapura, tetiba depan kedai dia ada tiga kedai baru jual produk yang sama line dengan dia.
Pakcik: “Where are you from?”
Kedai 1: “Singapore”
Pakcik: “It is cheap to come here?”
Kedai 1: “Here rental only RM20,000 a month… like SGD7,000 only – and export tax is so cheap now after signing the agreement. In Singapore, we pay SGD30,000 rental a month. With such cheap rent, we can lower our cost, and increase our production, thus lowering the prices. You see this brand (brand yang sedang dijual pakcik) – Made in Malaysia – sell at RM20 – look at ours nicer bottle also sells at RM18.”
Pakcik terbeliak mata pergi jumpa Pak Menteri…
Pakcik: “Bisnes aku nak mati dah… dulu Pak Menteri kata perjanjian ini akan bantu aku… sekarang aku habis kena pukul syarikat asing.”
Pak Menteri: “Kau lambat dan tak cukup modal. Bukan salah perjanjian, salah kamu. Kan ini bagus, ia buat kamu lebih berdaya saing.”
6 bulan selepas itu pakcik terpaksa tutup kedai dan terserempak Pak Menteri di kedai kopi milik syarikat asing.
Pak Menteri: “Tengok perjanjian ini buat kita dapat nikmati kopi import pada harga murah begini.”
Pakcik: “Betullah, ingat tak saya? Saya dari taukeh kedai sekarang kena kerja sini angkut kopi pada Pak Menteri kerana perjanjian itu juga. Memang besar jasamu pada aku, Pak Menteri.”
Tiada kaitan dengan hidup atau mati. via FB TIMMY SAY.

4

credit to :http://kertassputih.blogspot.my
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Isu TTPA Apa Yang Berlaku Di Mexico Ini Bakal Buat Ramai Peniaga Muflis Dan Gulung Tikar!!"

Back To Top