Tambah pula saya gemar mengenakan denim dan kemeja menyebabkan ramai salah faham. Ada kala saya rasa terhina dengan layanan diterima tetapi tidak boleh salahkan mereka dengan penampilan saya.
Saya cuba untuk ubah tetapi terasa serba tak kena menyebabkan imej feminin cuba ditonjolkan tidak kekal. Dalam keluarga, saya dibesarkan dalam persekitaran lasak bersama abang serta adik lelaki, maka sukar untuk saya tampil seperti gadis manis.
Saya teringin dilayan seperti gadis lain dan turut diminati lelaki sebaya tetapi nampaknya mustahil dengan rupa begini.
AMYRA HADI, Muar, Johor
Dang Setia faham saudari tertekan dengan penerimaan orang terhadap rupa saudari. Usah sekali-kali rendah diri sedangkan saudari bersifat sempurna. Untuk berasa yakin, elak buat perbandingan dan cuba lihat kebaikan dalam diri sendiri.
Saudari boleh dapatkan bantuan kenalan yang berkemampuan membuat perubahan pada penampilan saudari. Dang Setia harap saudari jangan cepat putus asa sebaliknya tekad berubah untuk menyerlahkan sisi feminin saudari inginkan.
Malah berniat perubahan itu bukan bagi menarik perhatian si lelaki tetapi bertujuan mengelak salah faham serta orang lain memandang rendah terhadap saudari. Perubahan sedemikian dituntut dalam Islam kerana ia bertujuan menjaga kehormatan diri dan mengelak umpatan mahupun kutukan orang.
Tag :
kisah
0 Komentar untuk "Saya Teringin Dilayan Seperti Gadis Lain"