Datin X dah lama mahu berkongsi kisah mengenai seorang teman Datin X ini. Datin Dolly ini asalnya janda anak dua. Yang sulung anak lelaki dan yang bongsu perempuan. Jangan tak tahu anak si Dolly ini memang dua-dua pun kacak dan cantik. Kata orang muka terletaklah. Ya lah, bapa orang Amerika ekspatriat bekerja di Malaysia.
Perkahwinan Datin Dolly dan bekas suaminya itu bertahan selama 10 tahun sahaja. Dalam masa menjanda itu ramailah yang cuba memikat Dolly ini. Orang cantik mestilah jadi buruan. Sampaikan budak muda pun mahu memperisterikannya. Status janda itu ditolak tepi. Tetapi Dolly memang memilih orangnya. Harta dan rupa paras kriteria utama. Kalau berharta tapi perut boroi, hmm…setakat date sekali sajalah.
Lima tahun menjanda, akhirnya Datuk Ashman berjaya mencuri hati Dolly. Datuk Ashman kacak orangnya, duda anak dua. Tetapi anak-anak semua tinggal bersama bekas isterinya. Anak-anak Datin Dolly pula cepat mesra dengan bapa tiri mereka.
“Bodohlah! Di awal perkahwinan Datin Dolly bersama Datuk Ashman, semuanya baik-baik sahaja. Kebahagiaan yang dinanti-nantikan akhirnya menjadi miliknya. Datin Dolly tidak lagi berasa sunyi seperti sewaktu menjanda dulu. Ada suami di sisi tempat untuk dia bermanja dan meluahkan rasa keluh dan resah di hati.
Tiga tahun selepas berkahwin, anak sulung Datin Dolly, Thaqief melanjutkan pelajaran di London. Jadi di rumah, tinggal lah Datin Dolly, Datuk Ashman dan Maria yang berusia 16 tahun, bersekolah di Sekolah Antarabangsa.
Kehidupan Datin Dolly sekeluarga memang moden. Ya lah, mereka memang sudah terbiasa dengan gaya hidup barat. Pakaian Datin Dolly dan Maria tidak ada beza pun. Mereka boleh berkongsi baju. Bayangkanlah kalau bercuti di pulau ibu dan anak sama-sama berbikini. Begitulah seksinya dua beranak ini.
Rupa-rupanya, Datuk Ashman memang sudah lama geram dengan Maria, anak tirinya itu. Mukanya persis mat salleh, bertubuh montok dan sangat seksi. Walaupun dia sudah bernikah dengan Datin Dolly, Datuk Ashman hilang warasnya dek kerana tergoda dengan anak tiri sendiri. Datin Dolly memang cantik tetapi mana nak sama dengan anaknya yang masih muda remaja dan berwajah Pan Asia!
Datin Dolly memang mati-mati beranggapan suaminya memanjakan Maria kerana itu selalu Datuk Ashman peluk cium Maria dan kadang-kadang mengajaknya duduk di ribanya walaupun sudah besar panjang. Datin Dolly sendiri memang manjakan Maria sebagai anak bongsu. Jadi di fikirannya Datuk Ashman juga sudah menganggap Maria seperti anak sendiri dan memanjakannya.
Siapa sangka semua itu untuk dia melampiaskan rasa ghairahnya pada Maria. Hinggalah satu hari, sewaktu bercuti di Bali, Datin Dolly seperti biasanya akan menghabiskan masa di spa. Dan nak dijadikan cerita, hari itu spa tutup. Dengan hati yang hampa, dia pun menyuruh supir menghantarnya ke vila semula. Aneh suami dan anaknya tidak ada di rumah. Dipanggil namapun masing-masing tidak berjawab. Puas mencari, dia ke kamar Maria. Punyalah dia terkejut melihat suami dan anaknya bertelanjang bulat saling berpelukan di kamar mandi dengan pintu terbuka luas di bawah pancuran air shower.
Datin Dolly yang terlalu terperanjat menjerit sekuat hati dan dalam keadaan tanpa seurat benang Maria meluru keluar dari kamar mandi dan terus memeluk ibunya. Mulanya Datin Dolly sangkakan Maria diperkosa Datuk Ashman. Hatinya bertambah hancur apabila Maria meminta ampun padanya. Datuk Ashman pula terus bergegas memakai baju dan lidahnya kelu tidak berkata apa-apa.
Tergamak suaminya curang dengan anaknya sendiri dan sampai hati Maria mengkhianati ibu kandungnya dengan mengadakan hubungan sulit dengan bapa tiri. Datin Dolly terus meninggalkan anak dan suaminya dengan bergegas ke lapangan terbang dan pulang ke tanah air tanpa anak dan suaminya.
Setibanya di lapangan terbang Kuala Lumpur terus Datin Dolly menghubungi Datin X dengan tangisan dan mahu berjumpa. Selang sejam selepas itu, teksi biru berhenti di depan rumah Datin X. Datin X suruh dia beristighfar dan ceritakan masalahnya pada datin X. Dia menceritakan segala-galanya apa yang dia lihat dengan mata kepalanya sendiri.
Selepas daripada kejadian itu empat bulan Datin Dolly pencilkan diri di hotel terkemuka ibu kota. Akhirnya suami dan anaknya berjaya menjejaki tempat persembunyian Datin Dolly. Maria dan Datuk Ashman sama-sama menangis dan memohon ampun dari Datin Dolly.
Datin Dolly yang dilihat dalam keadaan kurus kering itu meminta Datuk Ashman menceraikannya. Datuk Ashman menceraikannya dengan berat hati dan mohon untuk ampunkan perbuatan terkutuknya itu dan jangan buat aduan serta disebarkan kepada sanak-saudara. Datin Dolly maafkan Maria dan hubungan mereka pulih seperti sedia kala. Maria menceritakan perkara sebenar yang daripada usia 13 tahun lagi dia sudah mengalami gangguan seksual daripada bekas bapa tirinya. Dan lama kelamaan, dia menjadi ketagih dengan perbuatan itu.
Datin X nak salahkan Maria sepenuhnya pun tidak boleh kerana di usia 13 tahun apalah yang dia tahu. Nafsu syaitan Datuk Ashman menjadikan Maria mangsanya. Datin Dolly yang sedar kesalahannya dengan tidak memberi ilmu agama pada anak-anaknya terus insaf. Kini dia sudah berhijab dan mengupah guru agama untuk memberi ilmu agama pada anaknya.
Kejadian itu hanya Datin Dolly, Datuk Ashman, Maria dan Datin X saja yang tahu. Thaqief yang masih menuntut di London langsung tidak tahu menahu akan peristiwa hitam ini, cumanya dia mendapat berita ibu dan ayah tirinya sudah berpisah. Hari ini Datin Dolly sudah mendekatkan dirinya pada Maha Pencipta dan sudah menutup hatinya untuk menerima mana-mana lelaki.
Tag :
sosial
0 Komentar untuk " terkejut melihat suami dan anaknya bertelanjang bulat saling berpelukan di kamar mandi dengan pintu terbuka luas di bawah pancuran air shower."