Bahaya Kumur Menggunakan Listerine Kerana mengakibatkan periodontal disease



Dr. Pakar : Bahaya Kumur Menggunakan Listerine Kerana mengakibatkan

Ramai yang bertanyakan alasan mengapa berkumuh dengan bahan pencuci mulut eg Lestrine tidak digalakkan selepas mengosok gigi dengan ubt gigi, seperti mana yang saya tulis dalam blog http://www.drzubaidi.com

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh International Dentist Journal pada Jun 2002 (52 Suppl 3:192–6), tiga orang saintis Yaegaki K, Coil JM, Kamemizu T dan Miyazaki H menulis dengan tajuk

“Tongue brushing and mouth rinsing as basic treatment measures for halitosis” berpendapat bahawa : Berkumuh sebelum waktu tidur dengan pencuci mulut (adalah cara terbaik).

Namun beberapa pencuci mulut komersial yang mengandungi bahan aktif antiseptik tidak bertindak secara berkesan dengan kehadiran buih yang dihasilkan oleh ubat gigi. Maka dicadangkan agar tidak menggunakan pencuci mulut (mouth wash) serta merta selepas menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi.


Halitosis : Pernafasan berbau busuk
Semua orang mulut berbau
Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali.
Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu kuat, maka hidung kita mula mengesan bau busuk dari pernafasan kita.


Bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas ini dinamakan Halitosis.
Bau pernafasan yang busuk akan menyebabkan reaksi yang kurang menyenangkan pada orang lain. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila otak mengesan bau busuk, ianya memaksa fizikal kita menjauhi bau ini dengan mengempiskan lubang hidung. Adakalanya ianya menyebabkan tersedak (gagging) tanpa dipaksa. Malah bagi yang sensitif, bau busuk menyebabkan rasa mual dan mahu muntah.


Semua reaksi sebegini adalah involuntary, kadang kala menyebabkan seseorang itu berkecil hati, menganggap sebagai itu semua sebagai personal judgement dan merosakkan hubungan interpersonal.
Punca pernafasan berbau busuk
Halithosis boleh disebabkan pelbagai faktor. Namun kebanyakan (85–90%), pernafasan berbau berasal dari mulut itu sendiri, samada jangkitan kuman pada mulut, pemakanan (seperti bawang putih, bawang merah, protein-daging dan bahan tenusu), obesiti, merokok dan kesan pengambilan alkohol.


Tanpa kita sedari terdapat banyak kuman (anaerobic bacteria) yang berada di mulut seseorang. Kuman jenis ini sebenarnya dapat hidup baik di tempat di mana bekalan oksigen kurang. Mereka memakan makanan yang tertinggal di celah gigi, gusi dan mulut dan mengeluarkan bahan kumuh. Kebanyak bahan kumuh yang dihasilkan mengandungi banyak bahan-bahan berasaskan sulfur.
Bau pernafasan yang busuk disebabkan bahan kumur bersulfur yang dinamakan “volatile sulfur compounds.


” Jika kuman itu menghasilkan bahan ini dalam mulut kita ianya menyebabkan bau busuk yang menyerupai mayat (Cadaverine), atau daging busuk (Putrescine) atau bau najis manusia (Skatole) atau bau hapak kaki (Isovaleric Acid).
Dental plaque yang berkumpul berwarna lapisan putih pada gusi dan lidah, menyebabkan ianya tidak cukup oksigen dan sesuai untuk berkembangan populasi kuman anaerobic bacteria ini.


Gusi juga menyebabkan masalah pernafasan berbau busuk akibat jangkitan kuman, abscess, ruang lompang di antara gigi, ruang di antara gigi dan gusi, atau akibat tampalan yang tidak sempurna dan gigi palsu yang kotor.
Keadaan yang tidak sihat ini lebih buruk jika seseorang itu menghidap diabetes mellitus atau mereka yang mempunyai masalah gusi periodontal disease.


Pesakit periodontal disease mengalami kerosakan tulang pipi yang menyokong gigi. Kerosakan yang teruk menyebabkan terdapat ruang lompangcan yang dalam di antara gusi dan gigi (periodontal pockets). Ianya amat sukar dibersihkan dengan baik, menjadikan kawasan ini sesuai bagi pembiakan bacterian anaerobic.


Hidung merupakan punca kedua bagi masalah pernafasan bau busuk. Ianya mungkin disebabkan oleh jangkitan sinus (sinusitis) atau terdapat bahanasing (foreign body) yang tidak disedari, terutama pada kanak-kanak.
Saya pernah mendapat kes, di mana ibubapa mengadu pernafasan anaknya amat busuk, bila diperiksa terdapat buah cermai yang busuk di dalam hidung yang sudah berada di situ selama seminggu dan terletak jauh di dalam hidung.
Tonsil yang bernanah juga menybabkan bau mulut busuk, selain dari tosillolith ( tisu tonsil menjadi batu akibat proses calcification)


Sesorang yang kerap sendawa juga mempunyai masalah pernafasan yang berbau. Cardia adalah injap (valve) di mana pertemuan antara esophagus dan perut (stomach), yang mana selalunya ianya mengecut menyebabkan isi perut tidak dapat naik ke esophagus. Penyakit-penyakit seperti haitis hernia dan GERD menyebabkan asid naik ke esophagus dan gas keluar melalui mulut.
Selain dari itu penyakit-penyakit lain seperti fetor hapaticus (disebabkan oleh masalah kerosakan hati yang kronik), jangkitan kuman pada bronchial, ginjal, kanser, diabetis mellitus dan trimethylaminuria (fish odor syndrome).
Mengesan bau mulut sendiri?


Cara yang paling mudah untuk seseorang mengetahui sama ada pernafasan kita berbau teruk atau tidak ialah dengan bertanyakan kepada ahli keluarga yang terdekat atau boleh dipercayai atau pasangan masing-masing.
Jika dia memberitahu bahawa kita mempunyai nafas yang berbau, jangan lupa bertanyakan puncanya, sama ada berasal dari mulut atau hidung.


Satu cara lain ialah dengan menjilat di belakang pergelangan tangan dan membiarkannya kering selama dua minit. Selepas kering, cubalah hidu air liur kita sendiri di situ. Itulah caranya anda menghidu bahagian hadapan (anterior) lidah kita.
Cara lain ialah untuk mengetahui bau mulut yang berasal dari bahagian belakang (posterior) lidah.


Ambil sudu dan terbalikkannya untuk mengeruk (scrape) bahagian belakang lidah. Lihat lendir keputihan yang terkumpul dan hidulah baunya.
Menjaga Kebersihan mulut

    Secara lembut bersihkan permukaan lidah dua kali sehari, dengan menggunakan sudu yang diterbalikkan dan melakukan kerukan (scrapping) secara lembut dan perlahan-lahan.


    Mengunyah chewing sugarless gum membantu menghasilkan lebih banyak air liur (saliva), secara tidak langsung akan mengurangkan bau busuk pada mulut. Ianya adalah sesuatu amalan yang bagus apabila tidak sempat untuk membersihkan mulut selepas makan, mungkin atas faktor kesibukan masa.
    Berkumuh dengan air garam yang suam atau bahan antiseptic seperti Lestrine. Namun tidak digalakan berkumuh dengan bahan itu selepas menggosok gigi menggunakan toothpaste.


    Menjaga kebersihan mulut seperti menggosok gigi dan flossing, kerana ianya penting bagi menanggalkan baki makanan yang tertinggal dan membersihkan bacterial yang terletak di antara gigi. Gigi palsu (denture) seharusnya dibersihkan dan direndam menggunakan bahan antiseptic yang khas.

Semoga kita dapat memanfaatkan info di atas dengan baik.
Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (010710)
www.facebook.com/drzubaidi

*** NOTA TAMBAHAN PADA 1 OGOS 2010:
Ramai yang bertanyakan alasan mengapa berkumuh dengan bahan pencuci mulut eg Lestrine tidak digalakkan selepas menggosok gigi dengan ubat gigi, seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.


Menurut artikel yang dikeluarkan oleh International Dentist Journal pada Jun 2002 (52 Suppl 3:192–6), tiga orang saintis Yaegaki K, Coil JM, Kamemizu T dan Miyazaki H menulis dengan tajuk “Tongue brushing and mouth rinsing as basic treatment measures for halitosis” berpendapat bahawa :

    Berkumuh sebelum waktu tidur dengan pencuci mulut (adalah cara terbaik). Namun beberapa pencuci mulut komersial yang mengandungi bahan aktif antiseptik tidak bertindak secara berkesan dengan kehadiran buih yang dihasilkan oleh ubat gigi.

Maka dicadangkan agar tidak menggunakan pencuci mulut (mouth wash) serta merta selepas menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. ***


http://tipinfosemasa.blogspot.com






Tag : kesihatan


0 Komentar untuk " Bahaya Kumur Menggunakan Listerine Kerana mengakibatkan periodontal disease "

Back To Top