batal perkahwinan lagi 3 bulan kerana mak mentua tahu saya tak pandai masak



Assalamualaikum admin, mohon postkan confession ini sebagai pengajaran untuk semua. Cerita yang saya nak kongsikan ini bukanlah tentang diri saya tetapi tentang kawan saya yang sepatutnya bernikah syawal ini. Namun terpaksa dibatalkan kerana si perempuan tidak pandai memasak. Ya, bunyinya agak kolot bagi saya juga.

Ceritanya bermula bila aku menjadi orang tengah untuk kawan saya dan bekas tunangnya ini. Saya yang perkenalkan mereka. Saya kenal perempuan itu dan dia memang baik orangnya. Bab agama pun lulus dah. Bab muka pun boleh tahan. Pandai bergaul dengan orang-orang tua, malah dengan budak-budak kecil pun dia pandai bergaul.  Mungkin sebab dia datang dari keluarga yang besar.

Selepas saya memperkenalkan mereka, memang jatuh hatilah kawan saya ini pada perempuan itu (kawan saya juga). Iyelah, kita mestilah nakkan yang terbaik kan untuk kawan sendiri dan saya pun memperkenalkan mereka berdua sebab saya rasa mereka berdua ini secocok, sama-sama baik dan sama-sama padan.

Nak dijadikan cerita, setelah beberapa bulan (hampir setahun juga, 7-8 bulan agaknya?) mereka berkenalan, berkawan, kenal hati budi masing-masing, yang lelaki pun ada juga datang bertandang ke rumah perempuan ini. Kiranya nak mencuri hati keluarga dan mak ayah perempuan itu. Saya menjadi tukang temannya. Hahaha!

Keluarga perempuan semua okay dengan lelaki, tiada masalah. Melihat pada 'lampu hijau' dari keluarga si perempuan, kawan saya pun membuat keputusan untuk mengahwininya. Dia pun berbincang dengan saya. Saya pun kenal dia, memang jenis yang bertanggungjawab dan matang orangnya. Tiada masalah untuk dia berkahwin walaupun kami baru berusia 23 tahun.

"Okay, kalau kau rasa benar-benar nak berkahwin dengan dia," kata saya padanya.

Dia punya muka, toksah cakaplah senyum sampai telinga bila parents dia pun beri keizinan untuk berkahwin.

Maka datanglah rombongan meminang si perempuan. Masa ini saya temankan kawan saya ini. Dia tak ikut mak, ayah dan saudaranya pergi. Dia punya tak senang duduk itu, masyaAllah! Berdebar agaknya nak tahu si perempuan terima atau tidak. Saya tak tahulah perasaan itu macam mana, belum merasa lagi. Hahaha!

Jadi, mereka pun bertunang. Tempoh bertunang sudah ditetapkan selama 3 bulan. Mak dia kata sempatlah dalam tempoh itu nak berkenalan dengan menantu perempuannya itu.

Saya dengan kawan saya ini agak rapat. Hampir kesemuanya kami kongsi bersama-sama. Jadi sepanjang dia bertunang, sayalah yang membantu dia menyelesaikan apa-apa masalah. Sepanjang tempoh itu juga, mak kawan saya ini selalu juga menjemput si perempuan datang ke rumah. Mereka luang masa bersama-sama, nak berkenalan kan? Tiba-tiba sampailah satu hari ini, berbaki sebulan lagi sebelum mereka bernikah, bulan puasa yang lalu, memang kalut jugalah saya tengok kawan saya nak siapkan semua benda.

Mak kawan saya ajak si perempuan datang ke rumah. Kali ini bukan luangkan masa seperti biasa. Kali ini dia interview si perempuan tentang memasak. Kawan saya ini pandai memasak, masa itulah maknya tahu yang tunang anaknya itu tidak pandai memasak! Bagi saya, ini perkara kecil sahaja. Tetapi tak tahulah mungkin sesetengah orang, perkara seperti ini terlalu penting untuk dia.

Mak kawan tak adalah angin ke apa, cuma dia ada sindir.

"Buat apalah nak isteri tak pandai masak, nanti suami saja yang kena memasak," bakal ibu mertuanya.

Saya yang terdengar pada masa itu pun, "Eh eh makcik ini?" muka kawan saya pun berubah sebab macam tak percaya yang ibunya berkata seperti itu.

Kawan pun back up la tunang dia tetapi mak dia memang berkeras tak suka orang yang tak pandai masak. Bergaduh jugalah kawan saya dengan mak dia.

"Kakak ipar kawan mak semua pandai masak, bolehlah nak diharap. Kalau yang tak pandai masak, nanti balik tak masak, anak dia nak makan juga isteri dia masak," kata maknya.

Saya tepuk dahi saja pada masa itu. Kawan saya dah tak mampu nak kata apa dah. Maka rancangan pernikahan mereka dibatalkan semata-mata perempuan ini tak reti memasak. Lagipun, siapa yang selesa kalau nak kahwin tetapi mak sendiri tak suka dengan pasangan kita?

Saya pula yang emosi pada masa itu sebab memasak ini semua orang boleh belajar. Master Chef Kids pun wujud, maknanya semua orang boleh belajar memasak. Jadi, kalau dia tak reti memasak, apa masalahnya? Suami dialah yang tolong ajarkan dia memasak dan kenapa tidak gunakan peluang itu untuk mak mertua ajar anak menantu memasak? Dalam masa yang sama juga boleh merapatkan hubungan kan?

Zaman sudah berubah agaknya. Kadang-kadang perempuan sekarang tak reti memasak bukannya apa, bayanglah duduk di kampus/kolej, mana boleh memasak di bilik? Lainlah kalau mereka yang duduk di rumah sewa. Duduk di kolej memang beli makanan di kedai saja. Itu tak campur lagi faktor lain seperti dia jarang balik ke kampung sebab jarak kolej dengan kampung yang jauh, tambang balik mahal, berapa kali saja dalam setahun dia balik rumah merasa pergi ke dapur?

Ada juga yang bila cuti berbulan itu pergi buat kerja part time. Balik kerja, mak dia sudah sediakan makanan. Sabtu, Ahad sekadar tolong sikit-sikit di dapur. Itu pun tak cukup lagi untuk buat seorang perempuan itu terus pandai memasak.

Makcik, kadang-kadang bukan orang tak teringin nak belajar memasak, tetapi kalau dah tak ada masa, macam mana? Saya benar-benar beremosi sebab kawan saya yang juga anak dia sendiri pandai memasak, tak ada hal pun. Pandailah budak itu ajar isteri dia masak.

Kadang-kadang mak-mak ini melampau . Jadi kawan saya sekarang ini masih bujang lagi. Tak apalah, bukan jodoh dengan perempuan itu agaknya. Nasib baiklah masa batalkan itu dengan cara yang baik, tak ada masalah gaduh-gaduh dan mereka pun masih berkawan seperti biasa.

Dari dulu saya geram kalau mak-mak yang suka bangkitkan perkara remeh seperti ini. Zaman mereka lain, zaman sekarang lagilah lain.

Akhir katam janganlah jadikan perkara remeh ini sebagai masalah besar. Tak pandai masak, bukannya tak boleh belajar. Nanti dah kahwin, belajarlah memasak dengan pasangan. Bukannya susah sangat pun. Lelaki pun satu hal, saya malu betullah dengan kaum saya yang suka merendah-rendahkan perempuan yang tak pandai masak. Eh kau dah kenapa? Bukan tanggungjawab dia sekadar nak bagi kau makan. Apa salahnya kalau kau pun nanti masak sama-sama dengan wife kau? Sebab saya pernah jumpa lelaki yang melayan isteri dia macam hamba, bukan sebagai isteri. Kerja nak suruh isteri masak saja dan dia tak tolong pun. Yang dia tahu perut dia buncit dengan makanan.
/pixelperfext.blogspot.my
Tag : semasa


0 Komentar untuk "batal perkahwinan lagi 3 bulan kerana mak mentua tahu saya tak pandai masak"

Back To Top