jom ambil iktibar tentang kubur jenazah yang dipenuhi air sedalam 2 meter



SEBUT sahaja gerangan empunya nama Freddy Budiman, pastinya warga Indonesia mengenalinya.

Berita hukuman mati ‘Raja Dadah’ yang telah pun dilaksanakan pada 29 Julai lalu turut mendapat perhatian ramai.

Jenazah allahyarham juga telah pun dibawa ke Surabaya, wilayah Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Apa yang mengejutkan ramai, liang lahad yang sepatutnya menjadi tempat istirahat terakhir Freddy dilaporkan terus mengelurkan air.

Misteri… Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air

Lubang kubur yang berukuran kira-kira sepanjang 2.5 meter, lebar 1.5 meter, dan setinggi 2 meter itu dikatakan mengeluarkan air setinggi 20 hingga 30 sentimeter.

Dek kerana itu juga, petugas yang menguruskan pengebumian itu terpaksa sibuk mengeluarkan air yang berada dalam liang lahad tersebut.

Menurut portal merdeka.com, seorang petugas tanah pekuburan yang dikenali sebagai Sudimun memjelaskan, keadaan tanah perkuburan itu lembab ekoran beberapa hari hujan lebat di kawasan itu.

“Ye kalau hujan tanah di sini (makam) jadi lembab dan waktu digali mesti keluar air. Makanya, kita tadi mengurusnya saat jenazah dimasukkan dalam makam,” terang Sadimun.

Difahamkan, sepanjang berada di dalam penjara, Freddy banyak mempelajari ajaran Islam sehingga mengambil keputusan memeluk Islam. Dia juga dikatakan sangat rajin mengaji.

Sumber : Mynewshub.cc

http://www.ohmymedia.tv
Tag : semasa


0 Komentar untuk "jom ambil iktibar tentang kubur jenazah yang dipenuhi air sedalam 2 meter"

Back To Top