Gambar : Jika Ini Berterusan Percayalah Negeri Pahang Akan Hancur

PEMBALAK HARAM BERMAHARAJALELA?
Perjalanan merentasi belantara ke kawasan Kompartmen 222 dan 223 Rizab Hutan Gunung Ais, yg dilaporkan terdapat aktiviti pembalakan haram, adalah yg paling mencabar pernah saya lalui. Pendakian banjaran curam dan berliku memang sgt berisiko tinggi.

Kira-kira 10 tahun lalu, saya pernah menerima maklumat mengenai pembalakan haram di kawasan Rizab Hutan Gunung Ais tetapi gagal menjejak lokasinya.

Kali ini maklumat yg diterima lebih terperinci dan lengkap dgn kordinat GPS.Ketika tiba di satu kawasan Hulu Sg. Lempah, kami menemui satu papan tanda lesen pembalakan yg agak mencurigakan pada sebatang pokok.

Ia hanya menulis nama pelesen sebagai "KDYMM".Tidak jauh dari situ, kami terdengar bunyi deruman jentolak dan mesin gergaji sayup-sayup kedengaran di kawasan puncak banjaran berhampiran.

Tanpa membuang masa kami terus menjejak bunyi berkenaan dan sebaik sahaja tiba di lokasi, alangkah terkejutnya kami apabila mendapati hutan dara di kawasan banjaran Rizab Hutan Gunung Ais ini sudah musnah sama sekali ditebang oleh pembalak haram!

Tanpa mengira lurah mahupun cerun curam serta tebing anak sungai... semua pokok balak berharga tinggi, habis ditebang dgn rakusnya!

Dari kawasan bersetentangan, dapat dilihat sayup-sayup puncak Gunung Dulang manakala bunyi jentolak dan mesin gergaji kedengaran begitu jelas.

Tidak mahu kehadiran kami disedari pembalak haram, kami terus merakam video dan gambar balak yg bertimbun dan kawasan hutan yg dimusnahkan, sebelum segera meninggalkan lokasi.

Dalam perjalanan pulang, saya tertanya-tanya... jika saya sebagai orang awam boleh menjejak pembalak haram, kenapa renjer-renjer Jabatan Hutan yg lebih pakar dgn selok-belok hutan di Hulu Tembeling, tidak boleh... atau mungkin mereka sengaja buat-buat tidak tahu?

Terima kasih kpd geng "Kelah Bara" yg telah memberikan maklumat kpd saya dalam misi ini....bersambung ke siri 7 - ladang sawit di tengah belantara yg bakal meracun dan mengeringkan sumber tadahan air semulajadi di Hulu Tembeling.


 
Timbunan kayu balak spesis bernilai tinggi yg ditebang pembalak haram di Rizab Hutan Gunung Ais. Sayup di hujung sana adalah puncak Gunung Dulang

Merakamkan kemusnahan hutan tadahan air semulajadì di Hutan Tadahan Air Semulajadi 
Banjaran Gunung Ais

 Laluan masuk ke kawasan pembalakan haram di banjaran Gunung Ais


Lurah anak sungai di banjaran Gunung Ais turut dimusnahkan oleh pembalak haram


Anak sungai di lereng gunung ditimbus dgn sisa balak



Papan tanda lesen pembalakan yg meragukan kesahihan pelesennya


Pokok balak yg sepatutnya menjadi penampan lereng banjaran Gunung Ais tumbang menyembah bumi di tangan penjenayah alam sekitar


Peta yg disalurkan oleh Geng Kelah Bara menunjukkan dua kompartmen Hutan Simpan Kekal (HSK) di Rizab Hutan Gunung Ais yg telah digondolkan oleh pembalak haram, tetapi tiada tindakan diambil oleh Jabatan Perhutanan
credit penulis asal :  Khaidir Ahmad
Tag : semasa


0 Komentar untuk "Gambar : Jika Ini Berterusan Percayalah Negeri Pahang Akan Hancur"

Back To Top