
Video itu disebarkan melalui laman facebook Kelab Che Det bertujuan menyedarkan ahli UMNO mengenai kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang pemerintahannya.
Antara kandungan dalam video berdurasi 5.45 minit itu ialah mengenai Najib adalah, ‘memfitnah para pengkritik ingin menumbangkan kerajaan, padahal yang patut berundur cuma dia seorang sahaja’.
Selain itu, video tersebut turut menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang penakut kerana tidak hadir di acara NOTHING2HIDE dan di Parlimen untuk menjawab soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehingga jam 6.15 petang ini, video itu telah dikongsi oleh 5,592 pengguna laman Facebook dan dkitonton oleh lebih 136,755 pengguna.
Di samping itu juga, ia menyatakan bahawa Najib tidak menepati pelbagai janji yang ditaburkan pada Pilihan Raya Umum 2013, misalnya seperti ‘kerajaan akan menurunkan harga tol’ kerana sebaliknya yang berlaku kini.
Video ini tersebar dengan meluas seiiring Perhimpunan Agung Umno 2015 yang sedang berlangsung ketika ini dan dijadualkan sehingga 12 Disember 2015.
berikut video yang menjadi viral di laman sosial
Tag :
politik
0 Komentar untuk "Video : Media Antarabangsa Dedahkan Keburukan Najib Yang Tidak Akan Didedahkan Dalam TV3 "