Selepas ceramah di Melaka seorang lelaki masih muda jumpa saya. Katanya dia ingin bertaubat. Dia sudah berkahwin tapi ada masalah jiwanya suka lelaki..macam mana yer. Apa dia boleh lakukan..
Jawab saya Allah maha pengampun dan maha penyayang. Segeralah balik kepadanya. Allah beri kita jiwa dan perasaan. Dunia ini kita ada pelbagai keinginan. Sebanyak mana kita korbankan keinginan kita dan tunai perintah Allah. Sebanyak itu Allah akan kasihi dan maafkan kita. Sayangilah isteri itu. Carilah kebaikannya. Belajar beri masa dan tumpuan padanya. InsyaAllah akan datang sayang...bila syukur di situlah bahagia. Di situlah kenikmatan. Allah akan beri rahmat dan kebaikan..please stop..berhenti buat salah. Pohon pertolongan Allah..
Berilah masa bermujahadah di Masjid belajar iman. Belajar sunnah. Belajar dakwah. Bila kita memiliki kemanisan iman kita akan gembira menunaikan perintah Allah. Dunia kita bahagia dan akhirat kita akan bahagia. Dia mula menangis. Dan minta saya doakannya.
Sedih dan risau bila ramai wanita yang bertanya pada saya suami mereka gay dan ada gambar tak senonoh bersama lelaki.. Apa boleh buat? Sebenarnya perasaan itu bermula bila kita mengikut nafsu dan suasana. Sibukkan dengan dakwah iman, suasana Islam dan doa. Allah akan bantu meninggalkan semua itu..berilah masa dekatkan diri pada Allah dengan jalan mujahadah..galakkan suami berjuang di jalan Allah. Berbincang dengan tegas. Jika masih tidak berubah elok berpisah kerana suami tadi membahayakan kesihatan keluarga dengan maksiat dan aktiviti tidak bermoral.
Buat anak-anak kita..Jaga anak-anak kita jangan tidur satu selimut dengan adik beradik atau kawan-kawannya. Jarakkan sedikit jangan terlalu rapat. Elakkan anak-anak kita bercampur dengan orang yang tak dikenali. Jika duduk asrama kena ambil tahu dan pastikan tempat tidur mereka tidak berkongsi dengan sesiapa terlalu rapat.Terangkan apa yang betul dan apa yang salah.
Sibukkan dengan cerita Nabi dan sahabt. Cerita syurga dan neraka. Kehidupan akhirat. Ya Allah selamatkanlah semua manusia dalam dunia. Selamatkan dari tabiat buruk ini-ebit lew
#www.transformjiwa.com
#elew's design butik jubah lelaki premium
# 3hari 2malam 29-1dis Kuala Kubu Bharu dan 5-7 dis di Jb
#Paramount Cofee House @Bangi Sentral akan datang
#jemputan ceramah 013 255 6423
Tag :
kisah
0 Komentar untuk "saya sudah berkahwin tapi ada masalah jiwanya suka lelaki..kasihan isteri saya"