Petang semalam, saya ke rumah Pn Laila di Jln Wan Ahmad, Tanah Merah.
Pn Laila 38thn, suaminya Azhar bin Yaakob 51thn kerja sebagai pemandu van sekolah berpendapatan RM1,000 sebulan. 5 orang anak dan semuanya masih belajar. L19 Amri (UPNM), L17 Azuan, L15 Azuadi, P8 Fifi, P7 Aina.
Pn Laila kerja packing dodol berhampiran rumah dgn pendapatan RM15 sehari.
Dikira2 jerih juga belanja bulanan Pn Laila sekeluarga kerana rumah menyewa RM130 sebulan. Anak2 semua masih belajar. Bil letrik dan air selalu tertunggak. Yuran anak2 sekolah pun masih banyak tak settle.
Rumah sewanya uzur sangat dah, masa saya naik kerumah nak pijak lantai Pn Laila risau takut patah. Kalau anak2nya sendiri dia kata dah tau mana tempat boleh pijak mana tak boleh....huhuu..
Saya tanya sorang2 anak Pn Laila yg kesemuanya agak cemerlang belajar.
Azuan yg nak ambik SPM tu (SMK Dato' Mahmud) masih tak bayar RM350 yuran kelas tambahan siang/malam. (Trial baru ni dia dapat 4A)
Aina SK Seri Suria 2 masih tak bayar RM120, saya tak tahu bayaran apa tapi saya malas nak sebut yuran ke apa nanti ada salah faham pula.
Anak sulungnya Amri pula baru ditimpa musibah kemalangan 1 Sept lalu, 2 sahabatnya maut, 2 cedera parah termasuk anak sulung Pn Laila. Boleh baca dalam keratan paper dibawah.
Sejurus dibawa ke hospital doktor hanya beri harapan 50/50. Tp Alhamdulillah keadaan Amri makin baik, sekarang masih dirawat di KL.
"Amri tu budok baik, dio duk ngaji lagi pun ado jugok dio hantar pitih dumoh guno duit elaun dio, ingat adik2 susoh, padahal duit tu cukup utk guno dio jah, lo ni keno gitu pulok dio"kata Pn Laila
Sabarlah...biasanya ujian itu Allah hantar untuk orang2 yang sabar.
Saya hulur RM100 infaq sahabat semua pd Pn Laila (hati saya nak hulur lebih tapi cash saya tak cukup dalam purse) dan RM10 sorang utk anak2nya buat belanja sekolah. Saya bawa sekali beras, dan sikit barang2 dapur.
T.kasih sahabat, guna saya sebagai jejambat.
Saya janji dgn anak2 Pn Laila akan ikhtiar selesaikan bayaran2 sekolah yg tertunggak. InsyaAllah.
Alamat Pn Norlaila binti Mohammad
B224, Jalan Wan Ahmad,
17500, T.Merah, Kelantan
0179281048
Bank Islam
03054020625937
Tag :
kisah
0 Komentar untuk "Saya janji dgn anak2 Pn Laila akan ikhtiar selesaikan bayaran2 sekolah yg tertunggak. InsyaAllah."